Jumaat, 18 September 2009

pengarah punya kata


ada ke pengarah kata aku yang gedik nk plan buke untuk bdk2 paintball ni? tak boleh blah punya tuan pengarah. dah tu cakap arini birthday aku pulak. da bengong ke dia ni?
tapi tak apa. aku, ummi, taufik, im, siti bertolak dari kolej jam 0612 lebih kurg. cam biasa aku drive. ini menguatkan aku untuk cari boyfriend yg terrer gila drive. supaya aku boleh just duduk di sisi...dan tidur.


plan kami berbuka di pizza seksyen 14. like always, manusia tak ramai di situ. aku suka. tak sesak macam midvalley yang macam berduyun manusia disitu tolong menyemakkan diri. and guess what. time berbuka tu kami je yg penuh meja. selain ada satu meja lagi budak um jgk and satu famili cina. tapi diorg tak lama.

aku perasan time kami berbuka ada mata yang memandang. dia pandang teliti. aku perasan. rupanya last2 aku tau dia tengok badi. erm, aku tak sure kenapa budak badi ni sangat pop-ular. tak kira mana semua kenal dia. hope dia tak baca blog aku. nanti perasan gila pulak. budak sorg ni bukan boleh.

finally, aku tak terasa budak2 ni kenyang. kalau aku yang tengah diet ni maybe okaylah. tapi bagi bdk2 lelaki yg makan mcm dua pinggan tak cukup, aku doubted gila.
aku jugak dapat rasa malam tu diorg pergi melantak lagi kat mapley.

jujurnya...
aku senang dengan diorang.
dan ini menguatkan lagi kenyataan...

boys are not to be trusted in relationship, but they made good friends...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.