tahun ini terjadi lagi. sama seperti tahun yang sebelumnya. cuma sedikit berbeza. sedikit sahaja.
ala...macam suprise la pulak!
actually bukan ada apa pon, aku sebenarnya tak tahu macammana nak start entri kali ini aja.
apa yang terjadi adalah majlis buka puasa di rumah nenek sebelah ayah aku. semua adik beradik ayah a.k.a makcik2 dan pakcik2 aku datang. paling jauh pun dari KL dan yang paling hampir, lima langkah dari pintu rumah nenek aku. ahaks.
rumah aku pun tak jauh sangat dari rumah nenek. akibat daripada pembangunan yang semakin rancak di kampung aku, rumah kami jadi terpisah jauh. kalau 10 tahun lepas, hanya perlu jengukkan kepala ke luar dah nampak nenek aku tengah masak kat dapur rumah dia, sekarang tak boleh lagi. dua rumah nenek-cucu ini telah dipisahkan dengan highway pelabuhan klang. so, perjalanan ke rumah nenek jadi agak susah. perlu mencari flyover untuk sampai ke sana. tapi kalau mahu lebih pantas, langkah saja pagar highway dan dengan selamba berjalan segak di jalan besar itu. but kena make sure tak ada kereta ataupun motor yang suka merempit la kat jalan.
actually, tindakan ini tak berapa nak digalakkan sebab jalan besar ini telahpun makan nyawa manusia lain. mengerikan. tapi ajal maut kan di tangan tuhan.
mak aih, banyak pulak aku melalut.
sebenarnya aku nak cherita pasal majlis buka puasa kat umah nenek aku je.
sampai jarak pun nak cherita apahal?
ha, petang itu kami berbuka laksa yang mama aku buat, mee kari yang makcik aku buat, ada nasi goreng, satay yang aku tak sempat makan, kuih karipap yang sedap, air oren yang aku terlupa nak minum, air cincau yang fresh tapi macam ada kurang sikit.
after melahap, kami pun bersiap untuk solat maghrib berjemaah. ini biasa. aturcara yang sejak dulu tidak dieliminate.
after maghrib, most of them keluar untuk melahap lagi. aku tak larat. ngantuk. migrain pon macam nak singgah. cuma bergelak ketawa dengan sepupu yang lain. famili sebelah ayah aku besar. beliau punya 11 orang adik beradik. hem...seronok. meriah.
kami juga tunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah atas bimbingan the most admirer person in my life...ayah saya!!
[aku nak cari lelaki macam ayah aku!]
selesai sahaja menunaikan tanggungjawab kepada tuhan, kami pun berkemas untuk pulang. agak lambat sebab ayah perlu berjumpa dan memujuk nenek untuk pergi berurut. sebab hari tu nenek jatuh. so kaki agak lebam. aku pun tak jelas sangat pasal insiden itu sebenarnya. erm, kerek gila cucu ni kan!
tapi tak apa, apa yang penting aku sayangkan nenek aku. ikhlas.
okay.
tak tahu nak cherita apa lagi.
bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.