Rabu, 9 September 2009

tanggungjawab dunia


tak usah ditanya apa itu tanggungjawab pada aku.
kerna aku lebih tahu.
aku lebih arif perihal ini.
jadi jangan buat kenyaatan melampau.

erm,
maybe sudah tiba masanya semua orang berlaku jujur.
kesian pada top management [rank besar] kerna perlu memikirkan isu semasa intake kita sekarang.
tapi kalau nak tahu, inilah kenyataan yang perlu semua orang tahu.

jangka masa tiga tahun tak menjanjikan kerjasama dan kepercayaan yang baik. sikap manusia tak boleh dituai dalam masa yang singkat seperti ini. nonsense.
kalau ada yang boleh get long pun, mungkin dia perlu menjaga hati manusia yang lain ataupun dia hanya berpura memberi yang terbaik.

pergi jalan dengan kata- kata kutukan manusia lain kerna saya tahu apa itu kebenaran.
mungkin kebenaran itu hanya dari pihak aku. tapi peduli apa. pihak mana yang tak mahu berlaku jujur sekarang?
jadi, nak salahkan siapa?

puas rasanya hati ini terlalu mengambil berat hati manusia lainnya. penat sudah.
bukan mahu mengungkit, tapi kalau inilah yang mereka mahu. kenapa tidak?
diingatkan di sini, aku juga punya hati.
jangan ingat semua yang berlaku, aku tak ambil pusing. tapi kenapa perlu mulakan sesuatu yang menyakitkan hati.

secara jujur,
aku tak ada alsan nape aku tak join persembahan hari tu. tapi aku dah penat. seriusli cakap, hati ini masih 50-50 malam tu. bunyi agak mengada. tapi kenapa tak orang yang pujuk aku untuk join?
aku hampir menyerah kalah malam tu dan bersedia untuk turun. tapi kenapa tak ada orang yang care untuk bertanya. terima kaseh kepada hana. tapi itu tak cukup. after tu, aku dengar laungan- laungan. then, aku mula nekad. tak payah turun. laungan tu benar- benar mengganggu aku. kenapa mesti macam tu?
tak aib kah manusia yang dilaung namanya itu. memaksa untuk turun. memang dalam organisasi kita menggunkana cara paksaan dan kekerasan, tapi stil ada certain keadaan yang boleh di consider kan?
kenapa boleh bertindak macam budak- budak. wahai korang, korang lebih tua dari aku, kenapa tak boleh nak tunjukkan sikap yang lebih dewasa. yang lebih baik.

aku tak minta banyak. apa yang ada dalam hati aku sejak dulu, aku rela simpan sendiri. bilamana aku backing korang, bila mana aku makan hati dengan korang. its okay, benda tu segala tak meluakkan aku. lagipun apa yang aku adapt sejak dua tahun lepas dah pun sebati dengan diri ini. nak salahkan siapa?
diri sendiri yang selalu memendam rasa?

iyalah tu.

aku tak salahkan sesiapa. salah sendiri sebab suka membacking. inilah jadinya bila kebenaran itu tak dikorek betul. selalu disorokkan.
aku mengaku. aku silap perihal itu.

dan sekarang.
oleh kerana aku tak join persembahan malam itu. kami di blame.

esoknya, aku dapat perkhabaran. ada yang berkata malam tadi..."budak akaun memang masalah"
apa ni?
aku bukan budak akaun kah?
ya.
aku selalu bermasalahkah?
konfius jab.

apahal ni?
inilah yang manusia kata. kerana mulut badan binasa. aku cukup tak suka kalau manusia itu bercakap dan sekarang mahu menidakkannya pula. katanya hanya dituju pada certain manusia. budak akaun yang lain. habis tu aku? nak diam je bila manusia lain tu kutuk budak fac aku?
dayus nya aku.

tapi tak apa.
senyap.

dalam blok da terasa aura persengketaan tu. jalan tak bertegur. tiada gelak tawa bersama lagi.
tapi aku diamkan. hati aku sakit then takkan nak berpura macam tak ada apa yang berlaku?

dan pagi tadi. rowcall macam biasa. mula dengan tiada senyuman. kalau aku manusia yang tak punya tanggungjawab, aku tak tunaikan tanggungjawab aku pagi tu. buat apa aku turun rowcall? ini bukan tanggungjawab?
come on la, kita da senior. sampai bila nak selalu menuding jari. menolak kesalahan pada yang lain. kenapa tak cermin muka, sebelum tidur fikir apa yang kita da buat. betul atau tidak. ini tidak, asyik nak diri sahaja betul. kalau semua nak betul, sapa nak salah?

habis rowcall dengan mood baik tapi tak sampai berapa jam. aku bangun dari tidur, dikejutkan pulak dengan perkhabaran apa yang sebenarnya jadi pagi tadi. apa yang jadi? kenapa aku blur? kenapa aku tak tahu?

faie : meh cni la bagi aku, nanti kata aku tak buat keje pulak
ruz : memang pon
kam : ha ah memang pun

weyh, kenapa aku tak tahu menahu pasal dialog ni?
bukan ke aku berada kat tempat yg sama time tu.
aduh, blur.

korang, aku baru nak berbaik. kenapa jadi macam ni?

dan petang ini, aku baru je balik dari class. dapat tahu pulak mereka membangkitkan soal tanggungjawab. apahal ni?
serius nak memulakan peperangan ini kah?
serius?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.