Jumaat, 11 September 2009

lebih baik diam


aku tak tahu samaada keputusan aku untuk menceritakan segala masalah kepada jebat adalah satu langkah yang terbaik. konfius. jangan salah faham. bukan menyesal. tapi nampak macam menyusahkan dia. rasanya dia tak perlu tahu masalah ini dari mulut aku. dan aku bukan minah celopar yang selalu ambik kesempatan sibok bercherita ke sana ke mari gosip perihal manusia lain. aku juga tahu jaga maruah. dan maruah aku ditahap tertinggi.
sori, jebat...
susahkan ko.

after ni kau dengarlah cherita dari side sana pulak. betapa mereka tension dibebani kerja yang melambak. lumrah dunia. lumrah hidup. kalau hanya mahu tertumpu pada satu kerja dalam satu masa, tak ambil kesah masalah sekeliling, baik tak payah hidup bersama, cik kak.

serius li aku cakap, dalam hati masih ada sisa tak puas hati. tapi aku tak mahu menyusahkan pihak yang perlu memikul tanggungjawab yang lebih berat. memikir masalah dua puak yang bersengketa besar. sesungguhnya sengketa dalam hati dan maya itu adalah lebih berat.

aku tak mahu bergadoh.
sebab aku tahu umur aku tak panjang dan esok lusa, Tuhan boleh suka hati tarik nyawa aku. dan aku tak sempat nak minta maaf pada korang. tapi apa cherita kalau maaf itu dihulur tapi hati masih menyumpah seranah?
annoying bukan?

aku mahu hidup gumbira. aku mahu hidup dalam gelak tawa.
bukan hidup dalam sengketa. bukan hidup dengan masam muka.

mungkin aku yang perlu memulakan langkah.
tapi macam yang jebat cakap, kalau aku yang mulakan dengan salah cara, aku yang akan dianggap manusia bersalah. mereka akan state, aku salah so aku kena minta maaf.
macammana tu?
sampai bila mereka nak realize salah besar mereka?
ini organisasi kecik.
ini dunia kecik.
kalau macam ni pun tak boleh nak adapt, macammana dunia kerja nanti?
arghhhh....
SUSAHNYA!!

tapi ada satu yang aku amat terasa kat sini. makna kawan. aku tahu aku bukan manusia terbaik mahu berbicara soal kawan ini. sebab aku juga bukan kawan yang baik.
tapi mana lagi worst kalau kau kutuk, perli kawan kau sendiri depan orang lain padahal member kau tak tahu apa- apa pun?
aku lebih suka kita jujur.
walau seperit mana jujur tu, apa yang penting dua individu kawan itu tahu. berlaku jujur adalah langkah terbaik. sebab apa ada orang cakap, musuh itu kawan terbaik kita?
kenapa?
sebab...musuh itulah yang selalu kutuk kita depan- depan, kutuk perwatakan kita secara live. inilah yang lebih baik. di situ kita akan nampak. owh, macam ni rupanya sikap aku. dan kita akan persoalkan, eh kenapa best friend aku sendiri tak tegur?

mana lagi worst?

buatlah keputusan sendiri.
kadang ada masa memang kita tak boleh nak terima kritikan melampau, tapi kalau inilah cara yang paling baik untuk kita cermin diri sendiri...then, inilah dia!

manusia perlu berubah. bukan hanya stick dengan prinsip dan pendapat dia sepanjang masa. pandai- pandai lah adapt dengan keadaan sekeliling.
bagi aku, aku rela berubah kalau sikap aku sekarang dikategorikan sebagai 'buruk'.

dan bila keadaan sekarang hampir semua orang mula nak mainkan peranan,
aku lebih rela diam.

manusia ni kalau lagi banyak cakap, lagi banyak dia tipu. walaupun sebenarnya dia nak bagitahu itu fakta dan kejadian sebenar. ini manusia.

jadi, aku diam.
aku tak mahu menambahkan masalah.
aku bukan pembawa masalah.
dan aku tak suka digelar sedemikian.

kerna kamu juga manusia.
dan manusia itu selalu buat silap.

kenapa tak, kita sama- sama proses kembali diri kita untuk menjadi lebih baik?

ikhtiarkan something yang boleh membawa kebaikan.
bukannya menambahkan 'lopak' yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.