Selasa, 8 September 2009
termangu
kenyataannya hati manusia memang tak boleh nak diduga. sekejab begini. sekejab begitu. sedangkan hati kita juga berubah setiap saat, bahkan manusia lain?
bukan nak state yang manusia lain juga punya hati tak tetap macam aku, tapi inikan kenyataan. hati boleh berubah kerana banyak faktor. perlukah aku tulis tesis untuk nyatakan faktor- faktor itu?
tak payah.
aku bukan manusia sibuk tesis.
aku hanya student yang tahun pengajiannya 4 dan berusaha dengan 4 itu. peluang untuk ke arah 5 sgt besar.
jadi jangan tanya manusia macam mana kah aku.
biarkan aku dengan hidup aku.
siapa dia mahu menentukan serba- serbi?
siapa dia mahu menghalakan haluan mana yang harus aku turuti?
siapa dia?
jadi jangan menyibuk.
cuba jadi manusia yang selalu beringat.
beringat bahawa diri kita bukan manusia sempurna.
tiap saat ada salah.
tiap tika ada masalah.
jadi jangan pentingkan diri.
kita hidup di dunia ciptaan Tuhan ini bukan sorang.
punya manusia lain di sekeliling.
jadi jangan pentingkan diri.
aku ada hati.
aku ada perasaan.
jadi jangan terlalu sakiti.
kerna aku punya hati.
tapi tak apalah.
aku sedar dunia ini hanya singgahan sementara.
aku redha.
sakiti lah aku.
dugalah aku.
kerna suatu hari nanti, pasti anda akan menyesal.
kerna aku bakal tiada.
kerna aku bakal pergi.
saat itu anda akan menyesal
menyesal semahunya.
sesungguhnya aku bukan manusia tanpa tanggungjawab.
aku adalah manusia yang ada hati.
kalau hati ini disakiti bagaimana mahu menunai tanggungjawab.
bukan makna tanggungjawab itu disalah erti.
tidak.
tapi aku ada cara.
cara aku sendiri untuk mengurus tanggungjawab.
kamu diam.
sebab kamu tak tahu apa- apa.
jadi, diam lebih baik.
kerna aku tak mahu menarik kamu dalam pergelutan maya ini.
tak mahu.
realitinya aku mahu lari.
lari dari realiti.
tapi aku bukan manusia pengecut.
sebab aku tahu apa yang aku buat.
jadi aku kena berani.
berani untuk esok.
hati, persiapkan diri.
mental, jangan melenting.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.