Isnin, 25 Januari 2010

aku bakal kaya.

sudah kerap kali email aku dihujani dengan email yang entah siapa yang hantar. katanya mahu bagi aku duit. sebab aku sedara terdekat entah siapa. konfius aku. banyak sangat ke duit kau sampai kau nak bagi sesiapa saja melalui email. manusia sekarang punya modal yang banyak untuk mempermainkan orang lain.

kena tipu.
sudah mestilah kot. aku siap gelak-terguling tiap kali dapat email serupa ini. email yang sama cuma penghantar yang berbeza. atau mungkin, aku juga perlu forward email yang sama. bagi pada budak- budak palapes yang kekurangan duit dan susah mahu bayar duit tauliah sekarang. haha. what a fool joke. gila.

dan sekarang, aku tak tahu macammana nak block semua benda alah ni. maaf, kekadang aku jadi sangat buta IT. minta tolong sesiapa, plis.

tapi yang aku pelik.
macammana diorang-diorang ni boleh tahu email kita, hah?
apa yahoo tak simpan ke semua private matter ni semua. haramjad betullah. email sesuatu yang sangat rahsia kot. aku nak bagi kat lecturer pon fikir dua-tiga kali. bukan sebab email aku sound tak best, ya. cantik sikit!

tapi sebenarnya aku pernah kena gelak sebab email ni. aku ingat lagi. masa aku 1st year. kami diminta bagi email pada lecturer. memang aku orang paling last la yang bagi. sebab aku ni manusia yang sangat banyak berfikir. betul.
dapat saja kat lecturer, ada ke dia pergi baca alamat email aku. depan semua. sudahnya aku kena bahan. sengal betul.

untuk pengetahuan, email aku waktu itu>>>>>ilovemalaysia_gurl88@hotmail.com

weyh, gelak?

apa salah kah aku nak mahu jadi patriotik sekejab?
menyampah!

sudah, habis.

berbalik kepada hal yang berbangkit tadi. aku bakal kaya. kalau benar lah apa yang email aku dapat tu yang mana menyatakan aku bakal terima 40% daripada wang $10mil dolar. maknakata aku akan dapat $ 4mil. haha, asyik!!!!
aku boleh beli Malaysia ke apa?

nonsense.
okay, kawan-kawan yang saya suka.
tolong jangan terpengaruh dengan email serupa ini. anda kena tipu.
seriusli kena tipu.


1 ulasan:

  1. aku pon selalu dapat emel camtu..ignore je..2 semua merepek...menipu lebey..jgn pecaye k

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.