Isnin, 18 Januari 2010
gangsa bukti kuasa.
benar orang kata, kesah silam akan mempengaruhi 'apa' kita pada masa sekarang.
inilah yang jadi pada kami, si hina pemain hoki kolej.
mungkin kerana tahun lepas kami tak menyumbang sebarang pingat, kami dipandang cuma sebelah mata. dan pada tahun ini, target cuma di quarter. tapi manager cuba tinggi sikit dengan mangatakan kami akan ke semi.
kelakar. terasa macam tak guna bila orang lain tak yakin dengan kebolehan kita.
sudahlah kami berlatih cuma dua minggu. itupun belum tolak dengan hari yang tak turun latihan sebab hujan. tambah pulak dengan official training dengan fairus cuma dua hari. yang lain, kami berdiri di atas kaki sendiri.
sedih dengan pengurusan sukmum kolej. terasa pasukan hoki dianaktirikan. dengan tanpa penyokong, kami berjaya ke quarter. terima kaseh kepada 4th kerana membenarkan kami melangkah selesa ke semi dengan 2 gol berbalas kosong. pagi itu kami bermain dengan penuh semangat.
semangat untuk membuktikan kami mampu.
semangat untuk membuka mata pengurusan sukmum kolej.
semangat untuk mengelakkan kami dianaktirikan lagi tahun depan.
watever.
tahniah kepada pasukan hoki kolej 5.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.