Rabu, 20 Januari 2010

sesak dengan manusia yang berpura.

kamu nak berpura?
baik pergi jauh.
berpura depan aku, memang minta maki.

aku tak faham dengan manusia. ya, rambut memang sama hitam tapi hati lain- lain. ikut suka dia lah nak berpura atau apa. tapi masalahnya sekarang. berpura depan aku. depan aku.
bukanlah aku nak kata, aku manusia mithali yang mana tak pernah berpura. aku selalu je. tapi tak salah kalau aku nak berubah kan?

hehe.fleksibel.
sengal. masa2 suntuk macam ni lah baru kau nak terasa fleksibel.
senang cerita begini lah, kalau sudah tak suka, memang kita akan nampak yang buruk saja. even dia buat baik tara mana pun, kau tetap nampak dia rupa taik. dasar manusia. pemikiran payah nak ubah.

aku sebenarnya penat nak berlaku hipokrit. rasa bersalah dengan diri sendiri. sori, diri. aku salah. then, macammana? nak jujur?

nak mampos?
aku bukan manusia yang terlalu kuat untuk berlaku jujur. itu sebab aku tak boleh nak menggegar dunia. terlalu banyak berangan.
tapi aku cuba berlagak cool. cuba-cuba belajar bermulut-celupar. bak kata manusia, bila kita nak bercakap dengan manusia yang kurang kesah dengan apa saja yang keluar dari mulut dia, kita juga perlu berperilaku yang sama. aku tahu buruk gadis bermulut-celupar. tapi apa boleh buat?
untuk kepuasan hati, apalah salahnya. bukan selalu.

dengan certain orang je pun.

aku sebenarnya kurang suka dengan situasi sekarang.
tak tahu macammana mahu menyesuaikan diri.
tak tahu macammana mahu berlagak biasa.
tak tahu macammana mahu bereaksi bila ditegur.

oh, Tuhan.
tolong. aku tak suka dikritik.
macammana ni? boleh ke aku nak terima apa yang akan mereka2 ini kritik aku?
ah, aku nak nangis.

tiba2 sensitif.
sebab dah lama tak balik rumah. jumpa mama ayah.
rindu.

bodoh. tak ada kena- mengena.

okay, sambung tadi. aku tak tahu kenapa mereka2 ini gembira dengan sesuatu yang perlu dilepaskan. wajah seolah terlepasnya dari beban yang besar. apa...jadinya before ni punya tugas, beban lah?
nonsense punya manusia.

tak usah berpura.
kalau kau terasa sedih kerana nak melepaskan tugas yang kau pegang sekarang, kenapa nak berpura?
kalau kau terasa malu kerana terpaksa melepaskan tugas yang kau pegang sekarang, kenapa nak berpura?
kalau kau terasa kau masih nak lagi tugas yang kau pegang sekarang, kenapa perlu nak berpura?

manusia.
aku tak faham betullah.
boleh pulak kau say congrate dengan penuh bangga.
wadefak. aku tak terasa yang kau manusia jujur.

biar aku bagitahu ya.
kita tengok siapa lagi jujur.

aku sedih sebab aku kena lepaskan apa yang aku ada sekarang.
aku malu sebab aku terpaksa lepaskan apa yang aku ada sekarang.
aku masih nak lagi apa yang aku ada sekarang.

sebab apa?
sebab aku takut.
aku sedih sebab aku tak berjaya nak kekalkan apa yang aku ada sekarang. aku terasa kalah.
aku malu sebab aku bukan lagi aku.
aku masih nak lagi sebab aku dapat rasa aku belum jalankan tugas aku sebaiknya. kalau mampu, aku mahu ubah.

bulshit.

berangan tak sudahlah.
wahai, diri. kalau kau memang sudah tak bagus, buat apa mahu memaksa manusia lain memandang pada kau. heee tak malu. kau nak sangat apa yang kau ada sekarang, kekal?
kau tu kena berubah dulu. then, baru kau boleh nak membentuk manusia lain. diri tak sebagus mana tapi masih mahu mengajar manusia lain. jangan buat gelak la weyh.

tapi sekurangnya, aku tak lah menabur ucap tahniah kepada semua. yang mana kononnya, wah..aku dah lepas tanggungjawab, sekarang kau lah pulak.
wadefak. tanggungjwb itu pun kau tak tahu apa. tak usah persoalkan lah. buat malu.

kepada yang baru,
tunjukkan pada aku dulu, siapa kamu.
bukan senang mahu mendapat respek aku.
sebab apa?
respek aku, nilainya sangat tinggi.
pasal apa?
suka hati aku lah.

watever pun.
aku pun sama manusia.
dan manusia tetap manusia.
aku maki manusia lain seumpama aku maki diri sendiri.

normal.
tapi aku puas.
walau cuma kat sini.

jangan sesiapa cabar aku untuk mempertahankan apa yang aku sampaikan kat sini.

sebab aku tak berani.

serius.

better off sekarang. nanti kena saman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.