Jumaat, 8 Januari 2010

untuk kawan-kawan yang kita suka.

kau mungkin manusia budiman.
layak dijadikan sandaran.
saat riang atau kesusahan.
cuma aku yang gusar ketidaktentuan.
terasa segan mahu jalan seiringan.
kawan, silakanlah kau berjalan di hadapan.
aku akan mengikut kiri atau kanan.

segala bicaramu aku pasti mendengarkan,
mengiyakan atau menidakkan.
kita akan terus berjalan walau gerimis berguguran.
berkongsi rasa tentang impian.
kerana kita manusia yang punya harapan.

kawan, bila kau panggil namaku, tiada sahutan.
kau berpaling, aku sudah tiada di pandangan.
janganlah kau rasa dikecewakan.
aku terpaksa pergi tanpa pesan.
carilah aku dalam kenangan.




As long as there is a post and the telephone is not cut off, so long as we have things to tell and joys and anxieties to share - we will be friends. Always.

[ Marion C. Garretty ]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.