satu.
kelas hari ni mengingatkan aku tentang sesi temuduga perjawatan dulu. dan untuk pertama kalinya, ingatan aku kembali segar. haha, silly gila.
soalan yang lecturer aku utarakan sama dengan soalan yang pegawai bagi kami.
berkenaan dengan bagaimana mahu mengawal pekerja yang punya masalah disiplin. dan pegawai kami tanyakan soalan macammana kalau inter dengan junior kamu tak berdisiplin dan tak mahu dengar kata kamu.
lebih kurang begitulah.
kami jawabkan, perlu pendekatan perbincangan. mungkin dengan memanggil si empunya yang tidak berdisiplin. face-to-face. tanya dia apa masalah. ya, mungkin itu baik.
tapi kami ditanya lagi. macammana kalau tak berjaya?
kami jawabkan, cuba bincangkan dengan pihak atasan. kalau-kalau punya jalan penyelesaian. tapi tindakan masih lagi kami yang akan ambil. cuma perlu nasihat dari pihak atasan.
tapi kami ditanya lagi. macammana kalau tak berjaya lagi?
serius aku berpeluh dah time tu. apa lagi yang nak dijawab?
belasah si empunya yang tak berdisiplin atau mentalkan dia sampai suh dia keluar baris?
kejab. apa- apa jawapan pasti akan effect imej aku. fikir dulu.
kami cuba. bawa saja si empunya yang tak berdisiplin itu mengadap pihak atasan!
mereka gelak dan mengangguk. tak tahu apa makna nya itu.
dan selepas beberapa bulan. aku punya jawapan untuk itu sekarang. dalam kelas human resources management. contoh soalan yang sama. cuma diadaptasi kepada pekerja pula. memang masuk.
aku dengar khusyuk gila.
katanya, masih sama konsep yang kami utarakan dulu. masih punya step yang pelbagai. tapi contooh kali ini, pihak atasan jenis tak sabar. ditolak mentah-mentah semua step yang katanya banyak dan tak sempat nak jalankan. untuk menjalankan semua step itu sahaja, pekerja itu dah buang banyak duit syarikat. sudah menyusahkan banyak pihak.
lecturer aku jawab balik, berdasarkan apa yang sebetulnya, memang semua step itu perlu dan sangat perlu dijalankan.
akhirnya baru lecturer aku cakap. itu cuma soalan berbentuk stress yang diutarakan oleh penemuduga. sengaja mahu menguji tahap stress kita. bila ditekan, tekan. mahu tahu tahap kegabraan kita. haha.
tapi betul.
logik apa yang lecturer aku cakap.
dua.
hah. pilihanraya kampus semakin hampir. tapi aku tak pasti apa actual tarikh untuk mengundi. aku kurang ambil tahu itu. tapi aku suka. tiap kali kita duduk2 saja, mulalah kita didekati dengan calon2 yang mahu memenangi undi. haha. sapa pandai cuit hati aku, dapatlah tanda pangkah aku. tapi dengar kata tahun ini sudah tiada pangkah2 bagai. sistem e-undi sudah diperkenalkan. rasanya tak seronok. tapi tengoklah macammana nanti.
kertas2 oren dan putih sudah mula penuh dalam fail aku. mana taknya, sudah selalu aku buat muka kosong tak ambil tahu. mereka2 ni pulak suka manusia yang sejenis aku. mungkin nampak lebih mudah dipengaruhi. haha, silap besar lah. balik bilik, aku gelak-terguling mengingatkan hal korang2.
biasanya kertas oren putih ini aku kumpul dan buat klarifai di dalam bilik. memilih calon yang benar2 layak.
haha. tipu ahh.
aku student UM yang paling tak ambil tahu kot.
kertas oren putih tahun lepas punya pon masih ada dalam bilik ni hah. nak buat kertas conteng tak sampai hati. nak buang lagi lah tak sampai hati. so, jalan termudah. biar.
jujur. biasanya aku dengan member2 yang lain bincang. siapa yang mahu dipangkah. kalau aku, aku lebih suka dengar dia cakap. pandai ambil hati aku sikit. dan yang penting kiut. haha. itu pon point tinggi. dengan aku senang, kau cakap mesra, yakin sikit...aku dah for sure pangkah kau. mampos la kau nak tipu aku ke apa. kau sendiri jawab dengan Tuhan, ye tak. aku tak salah.
tak apa. kita tunggu hari nya nanti.
tiga.
dalam kesibukan dan kementalan aku, sempat jugak aku menghilangkan diri ke stadium. baru tadi. selangor vs johor. sangat cun selangor main. tak macam time lawan terengganu. entah apa yang tak kena. tapi kali ini main lebih kepada kembalinya selangor yang dulu. kalau ikut rezeki sudah 10-0. tapi rezki tak menyebelahi selangor. cuma 6-0. tapi kira orite la. semua goal cantik. bukan penalti. apa barang penalti.
tapi kecewa.
game malam ni dicemari dengan manusia bermulut-celupar yang tak sedar orang lain pon bayar tiket dengan harga yang sama. tak usahlah dia saja nak memekik. bodo. suara dah la tak sedap. kelakar2 jugak. tapi sikit2 sudah.
anda itu sudahlah berumur dari saya. tak baik untuk tumbesaran dan perkembangan otak saya, faham!
juga dengan perokok tegar yang asyik mahu berasap. kalao pada aku, aku masih boleh tahan. kalau sampai tahap marah pun, aku cuma ambil rokok kau dan pijak depan mata kau. tapi aku okay. angin baik sebab selangor menang. tapi tak baiklah. ada baby kot kat situ. kesian aku tengok baby tu.
watever.
selangor menang tadi. 6-0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.