Ahad, 21 Februari 2010

doa kekal dan bahagia.


banyak kali dalam hidup kita takkan jadi seperti mana yang kita rancang. segalanya Tuhan yang tentukan. dan jika ianya terjadi sepertimana yang kita seudah rancang, maka bahagia lah hidup. jangan lupa bersyukur. jika ianya terpesong sedikit, cuba betulkan yang mana mampu. dan untuk entri kali ini. aku mahu bercherita. sebuah kesah chenta.

aku punya teman. kami sepupu. sebaya tapi dia label kakak sedara aku. tapi tiada istilah kakak untuk dia. rasa macam jurang pulak. kakak tu supposely matang. tapi dia tak. haha. ah, bukanlah. kakak itu sangat berbeza. aku tak boleh panggil dia kakak. pelik. geli. haha. yang aku suka gila ni kenapa? ok, sambung cherita.

nama dia fateha. simple gila nama. senang kekasih dia nak akad nikah nanti. dia ni seorang yang bagi aku, sangat tabah. dia sedih, down, dikecewakan, banyak lagi...tapi dia tak pernah nangis depan aku. aku tahu dia sedih. aku tahu dia susah. sedikit sebanyak kisah hidup dia buatkan aku lebih menghargai hidup aku.

untuk cerita kesah hidup dia yang lain rasanya tak perlu. cuma yang aku mahu highlight kan di sini. dia sudah berchinta. lagi. hehe. aku doa supaya dia bahagia.

kekasih nya orang tawau, sabah. namanya fikri. jadi bila bersembang, aku tak faham apa yang mereka sembangkan. lagi2 bila si kekasih hatinya sudah berjumpa temannya, si shukri. mereka cuba cakap melayu tapi serius kelakar. jadi baik tak usah. bila sudah apa yang mereka katakan, aku tak faham. aku cuma diam. cuma sesekali tergelak.

dan ini juga terjadi kepada semua orang yang aku baru kenal pertama kali. aku jadi hilang punca.
jadi kebanyakan teman yang sudah punya kekasih, bila dikenalkan pada aku. ianya tak masuk. aku dengan kekasih mereka tak boleh get long. bukanlah aku mengharapkan apa sangat. cuma bukankah bila kamu berchenta dengan kekasih kamu, kamu akan bersahabat dengan teman2 nya juga. menerima dia bermakna menerima teman2nya.

bukan mahu mengada. bukan mahu meminta.
ini bukan perkara yang besar sebenarnya. tapi ini kenyataan.

kalau takat kau nak berchenta dengan kekasih kau dan bila duduk lepak bersama teman2 kekasih kau, kau hanya mahu berkepit dengan kekasih kau?
wadefreak.
aku benci macam ni.

itu sebab aku syaratkan pada bakal kekasih aku. jika mahu berchenta dengan aku, mari juga berchenta dengan teman2 aku. haha. naif kan.
peduli apa!

nasiblah ummi berchenta dengan manusia yang aku kenal.
[hah, apasal nak masukkan statement ini pulak! bodo.]

entah. ini persepsi lelaki mungkin.
aku berchenta dengan dia. kawan dia apahal nak lebih2.

oh, habis nanti bila sudah timbul masalah. halilintar melanda hubungan korang, baru nak cari aku lah?
heh, ingat aku apa?
tempat persinggahan?
rehat dan rawat?

wadehel.

hah, tapi yang ini okay. mungkin ini pilihan fateha yang tepat.
kami bersembang baik. shukri pon lawak nak mati. oh, everything was okay then.

aku berdoa sangat untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan dua merpati sejoli ini.
hubungan yang sederhana mungkin akan berjaya.

tapi jangan sampai kau pergi sabah tak bagitahu aku sudahlah!

ini yang dikatakan cinta. mungkin kita ditemukan dengan chinta yang salah sebelum bertemu dengan chinta yang betul dan tepat. dan hanya dengan yakin, mungkin dia adalah insan yang tepat untuk kamu. cuma datangi hubungan kalian dengan chinta yang benar dan berkat, okay.
weyh, tengok kau senyum. bahagia sangat ke apa.

*senyum*

oh, ya. aku terpaksa blur kan sikit muka kekasih dia ni, atas permintaan. bahaya katanya.
dan mungkin selepas ini aku perlu menuntut dengan along. kena faham bahasa sabah. kalau tidak, aku kena kutuk dengan si fikri dengan shukri ni pon aku tahu. gelak saja. macam bodo.

weyh korang perasan tak entri aku sejak kebelakangan ini hanya pasal chinta. macam gedik gila. entah kenapa. nak kata aku tengah berchinta, jauh sekali. nak kata akan datang chinta, tak sure. rasanya tak. kenapa hah?

3 ulasan:

  1. uhuks..
    terharu..
    kalu aku berchinta cintun ngan org ko xkenal pom..
    tetap aku kenalkan kat ko..hehe..sebab aku punye jenis..pekwe aku teman semua teman aku...
    hehe


    ade cerita untuk ko..
    ade kawan baru nak kenal untuk ko...
    t story later yea..

    BalasPadam
  2. perasan je..tapi mals nak tegur..mmg nyk pasal chenta..
    bercakap soal chenta..en siapa nama kau dah jumpa?

    BalasPadam
  3. encik apa nama hilang. tak baca surat khabar hari ni? aahahaha..

    huish berdebar je aku. entah sapa lah yang ummi ni nak canangkan. kelakar habis!

    aku tak janji la weyh.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.