terasa macam segala penat lelah dan masa tidur yang terganggu, terbayar. thumbs up untuk lecturer aku. article yang aku present tadi akan dijadikan salah satu soalan untuk final exam nanti. haha. betapa bertuahnya aku. tak sia2 aku bersengkang-mata membaca article 30 pages ni. syukur.
dan berckp psl syukur. abg saudara aku yang namanya shukor selamat mendirikan rumah tangga semalam. aku manusia paling sibuk di dunia tak balik rumah pon pergi majlis kahwin dia. ala, bukan dia jemput aku pun. dia jemput parents kegilaan aku saja. then, buat apa mahu menyibuk. hah, sarkastik.
dan lagi, mesti semua tertunggu2 apa kata aku pasal gosip panas yang melanda kolej dan fb. semuapon nak menyumbangkan pendapat dan amarah. tapi bagi aku, kalau ada orang lain tanya, aku hanya akan jawab 'no komen!'.
tolonglah, banyak lagi benda yang aku nak kena fikir. tambah dengan minggu sibuk aku minggu ini. setiap hari pun kena submit keje. tapi masih tak insaf. masih mahu buka fb. masih mahu menyemakkan blog.
normallah manusia kan.
bukanlah aku tak mahu mempertahankan apa yang kita punya sekarang. aku bukan mudah dipijak.
cumanya sekarang, prosedur sudah jadi haprak. kerjasama yang macam taik itu lagi masih dijadikan point. oh, please la. korang2 ni student UM kot. berbalah dlm fb mcm budak tak sekolah. apa yang nak dibanggakan?---buat malu adalah.
kalau kamu2 berani sangat, pergi saja bilik dia. selesai. gaduh, maka gaduhlah. kesudahannya hanya akan melibatkan kamu, dia dan pentadbiran kolej. tapi bila sudah berbalah di fb, silap2 kerajaan Malaysia pon mahu ambil tindakan. buduh punya manusia.
bagi aku, semua pihak pon salah.
orang yang kata memekak dan ganggu orang lain nak tidur padahal jam sudah 9 pagi.
orang yang sibuk karok, ingat suara dia sedap sangat dan nak biar satu kolej dengar.
orang yang dapat mesej, suruh slow sikit musik tapi buat selamba.
orang yang sepatutnya incharge kat situ tak reti nak ambil port pasal hal sensitif2 macam ni.
orang yang sengaja mahu bangunkan warga kolej yang macam boikot event hari itu.
orang yang terlalu sibuk di hutan sampaikan tak perasan member dia dah buat onar satu kolej.
orang yang suka menambah cerita dan buat orang laen lagi berbalah.
orang yang selalunya tak positif dan akan selamanya negatif.
orang yang asyik nak cari kesalahan orang walaupun orang itu sudah minta maaf.
orang yang tak reti nak fikir bahawa fb itu satu dunia bukak.
orang yang katanya mahu mempertahankan apa yang dia punya, tapi sebenarnya dia menambah burukkan rupa dia punya itu.
bodoh.
semua pon tak boleh nak fikir.
sekolah belajar tiga tingkat tapi bodohnya empat tingkat!
macam ni lah.
semua orang pon nak masuk surga. tapi tiada siapa yang mahu mati.
hakikatnya sama. semua pon mahu mempertahankan apa yang dia ada. di mana dia berpijak. siapa dia yang sebenarnya.
kalau palapes, sokong palapes.
kalau civillian, sokong civillian.
this is vice-versa.
macam yang aku cakap tadi. tiada siapa mahu mati.
jadi tiada palapes mahu cakap, civillian itu betul.
dan tiada civillian mahu cakap, palapes itu betul.
kan.
weyh, korang. Tuhan bagi akal untuk berfikir. cari jalan untuk selesai. bukan cari jalan mahu menambah gusar.
nonsense.
kepada yang tak tahu apa, tak usah sibuk mahu komen macam kau tahu segala. wadefreak. pergi jauhlah. sebab kau, semua taik jadi busuk.
fed-up aku dengan segala macam hal. aku sudah menjadi positif pada tahap yang cukup terbaik. selalu saja mendahulukan manusia yang laennya. tapi curious kenapa manusia laen tak boleh berbuat yang sama. cuma perlu letakkan diri kamu pada diri orang laen. susah kah?
susah?
mari belajar sama aku.
aku sudah arif.
hilang segala hepi aku sepanjang minggu lepas. sebab benda kecik ini. sebab korang yang tak sedar diri sudah tua tapi perangai masih macam budak. adik aku lagi matured kot dari korang. berubah lah weyh.
ah, yang penting aku masih nak hepi dan rok. korang nak mengamuk, merapu, berbalah, silakan. aku taknak join. selesai diam2 sudah. kecoh nak lebih. buat kerja ciput je pon. manusia akhir zaman. beginilah.
tak tahu diuntung!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.