Selasa, 30 Mac 2010

menyesal.

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski dihati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

---

cinta memang tak selalu ada. kun fayakun masih berguna. dan Tuhan mahu tunjuk, bukan sekarang mahu mencari bahagia yang satu itu. jadi, tinggalkan dulu. tiada guna rasanya mahu meratap sedih atau hiba. kau rok, kan. jadi kool saja.

tapi bukankah ini nama hipokrit?
kenapa tak kau tengking saja dia itu. biar dia mengerti kata hati kau.
kenapa kau biar saja diri kau dibuat begini.

tapi.
jangan lupa bahwa dia juga antara kawan2 yang kau suka. kau sudah janji tak mahu berbalah sebab lelaki, bukan?--kau nyatakan kau sanggup mati untuk kawan2 yang kau suka, bukan?
jadi?---aku tak nampak kenapa perlu kau memaki kawan2 yang kau suka itu sebab manusia bernama lelaki.

hey, mari sedarkan diri ya!
Tuhan sudah tentukan jodoh kita masing2. kalau sudah tiada jodoh. maksudnya kita tidak ketemu lagi pemilik tulang rusuk kita. buat apalah mahu berbalah.

tapi macammana pula kita mahu buat dengan kawan yang sudah bersedia mahu makan kawannya. entah apa yang tak cukup makan sangat, tak pasti.
kau sabar, ya. aku tahu kau pernah kecewa dengan kawan. aku tahu kau sudah tidak percaya pada sahabat. aku tahu kau pernah maki aku sebab mahu percayakan kau tentang sahabat.
dunia ini kan bulat. kadang kita gah berada di atas, dan kadang kita mengecil di bawah. lumrah alam kot. sekarang kau yang kena. mungkin esok lusa dia pula yang kena. atau dia sudah kena, sekarang tiba masa kau pula yang mesti kena.

ingat bahwa semua ini kerja Tuhan, cukuplah.

tapi perit ya rasanya, manusia yang paling kita percaya akhirnya mampu jatuhkan kita ke ruang yang paling dalam.

apa dia sengaja.
atau tidak.

aku harap jawapannya, "tidak!"

sangat berharap. rasa bodoh kot bila berbalah sebab manusia yang lain jantinanya dengan kita. rasa useless gila.
atau mungkin, kesah ini memang kesah mereka. cerita ini merekalah hero dan heroinnya. merekalah laila dan majnunnya. merekalah pasangan yang sempurna sebenarnya. oh jadi, aku cuma watak ketiga?--watak sebagai perempuan jahat yang berusaha merampas hero dari heroinnya. ek eleh, tak mencabar langsung!

ah, aku tak mahu watak ketiga. aku tak mahu jadi perempuan jahat dan perampas.
TAK MAHU!!!!

aku mahu jadi heroin kepada hero aku. aku mahu jadi laila kepada majnun aku. aku mahu jadi sebahagian daripada pasangan yang sempurna itu.

jika ini bukan kesah aku, lalukan aku ke luar dari sini. izinkan aku meminta diri.
tak perlu kamu menghambat aku pergi. kerna aku sudah lihat samar2 tanda keluar. jangan runsing, aku akan ikut tanda itu.

aku juga sudah berhenti berharap. selalu juga nyanyikan lagu sheila on seven itu. dan juga lagu menyesal di atas. penyanyi sebenar lagu ini aku tak pasti. tapi telah diakustikkan semula oleh encik mimpi.

okay, aku mahu pergi membasuh luka.

Ahad, 28 Mac 2010

penat.

ada waktu2nya, aku lebih suka membisu seribu bahasa. kerana, bila banyak berkata- kata, akan menyusutkan lagi sengketa. lagipun aku fikir, orang yang berkata dan menuduh itu tidak kenal diri aku sepenuhnya. maka, haruskah aku kisah dengan kata- katanya?

aku anggap, bila aku tidak kesah, bila aku diam dan mengalah, bila aku telah minta maaf, bila aku telah redha. semuanya akan hapus begitu saja. habis. tamat. putus. rupanya tidak semudah itu. sebab, ia masih belum pergi, masih lagi muncul, berlegar di hadapan saya.

cukup- cukuplah menghiris hati ini. tidak perlu lagi datang menambah luka, atau cuba merawat luka dengan penawar yang belum tentu berkesan. kamu benci saja aku selamanya, itu lebih baik. aku tak mahu kamu ada bila hati kamu suka dan sesal, dan menjauh bila bengang dan meradang.

tali yang terputus ini. alah kerana kamu cantas dengan pisau yang ada di tangan kamu. ketika aku memegangnya. kerana tajamnya pisau, tangan saya, turut luka. menitiskan darah luka.

Jumaat, 26 Mac 2010

aura bahagia.


kadang-kadang kita tak pasti perkara apa yang boleh buat kita bahagia.pura2 atau benar2 bahagia. aku sendiri kadang2 blur. tak tahu mana satu yang aku rasa. hipokrit?--ya!
tapi malam tadi. seriusli aku rasa aku hidup. hidup dalam cara aku sendiri. baru aku sedar bahagian mana dalam hidup aku yang aku rasa, ya...banar2 aku bahagia.

sejak kali pertama lepak dengan diorang, aku dah rasa seronok. tak perlu terlalu sopan, tak perlu terlalu menjaga hati. kau mahu maki, kau punya hak. tiada terasa hati.
tapi mungkin bagi sesetengah orang, akan berfikiran naif. bukan nak kutuk. tapi ini kenyataan. org2 akan fikir, "weh, korang perempuan kot. lepak 2-3 pagi kat luar, nak jadi apa?"
serius aku paling takut kalau orang tuduh aku buat perkara bukan2. aku tahu selalunya lelaki akan fikir macam tu. tak usah nak nafi. selalunya Ari pun akan marah kalau aku melepak kat luar sampai 2-3 pagi. eleh, aku baru jaga futsal belakang rumah aku sampai 2 pagi, membebelnya mengalahkan apa je.--menyesal aku bagitahu.
lagi2 bila kami keluar ladies sahaja. terasa bebas tapi sesekali cuak juga. mungkin akan ada lelaki akan fikir, "eh, diorang ni mesti jenis yang senang nak dekat". tapi sori, ya. kami bukan macam tu. terpaling kurang, kami lepak makan steam-bot kat danau kota. lepak sesama kami. kau lelaki. nak kacau, haram. dapat jeling je la. bukan apa. serius kami cuak sebenarnya. jujur lelaki bukan boleh dilayan. kami cuma mahu buatkan mereka rasa 'unwelcome'. biarlah, asalkan kami selamat. phone juga akan sentiasa kami pastikan ada credit bila nak keluar.
banyak juga kami berikhtiar untuk selamat. jangan risau, ya... abang2 kami, kami pandai jaga diri. dan, malam tadi kami melepak lagi. on da way, nyanyi kuat lagu jiwang. ah, aku tak tahu tajuk apa. tapi tak silap si kembar aku sangat minat lagu ni. sebab time main hoki dulu dia pernah pasang. sangat bising kalau sudah melalak. aku rasa kereta aku ada aura melalak. sebab sesapa masuk dalam kereta je, dapat radio. terus bukak mulut. 'ok, karok!'
dan mahu tahu?
normal lah kalau sudah bawa kereta. kita tak sedar yang ada yang mahu bermain dengan kita. adegan cucuk-mencucuk terjadi. aku sedar dia nak mencucuk. time aku potong dia, serius aku tak ada niat nak mencucuk dia. serius. tapi dia yang terasa sendiri.
aku ni berdaulat.
jangan nak cuba bermain. jangan gentar hililintar, faham.
sudah nasib kau kecelakaan. tapi aku tahu, kau lelaki jenis tiada tanggung-jawab. aku nampak. kami nampak. kau blah macam tu saja. kereta yang kau sondol kau tinggal. dasar bajingan.
tapi aku menggeletar la jugak. aku nampak jelas kot. kereta yang cucuk aku tu langgar kereta depan dia!

habis makan steam-bot pon masih terasa getarnya. aku penakut. haha. memang!
bukan, sebab aku tak pernah tengok eksiden depan mata. tu sebab macam trauma 2 minit.
tapi, walau apapon. aku masih terasa bahagia. korang memang kelakar habis. dua thumbs up untuk korang.

plan akan datang nak pergi tengok bola, ya. haha. aku busy minggu depan. tapi tengoklah macammana nanti.
p/s: tak sempat nak balik rumah lagi sebab terlalu menyibukkan diri. cuma lepas rindu tengok gambar mama&ayah kegilaan aku saja. mama...nak balik.

Selasa, 23 Mac 2010

lelaki bernama.

kadang2 kita tak sedar betapa bertuahnya kita. tiap hari asyik mengeluh itu ini, tapi hakikatnya kita masih yang paling bertuah. maaf, aku tak sedar. kau lelaki yang sentiasa ada untuk aku. sentiasa ada bila aku jatuh. sentiasa ada bila aku rapuh. even jauh beribu batu, tapi aku rasa macam kau sentiasa ada dengan aku. bukan dalam bilik.(nak mampos?)

hah. mengamuk rumit aku nanti.

nama dia arian muhazmin. sekarang belajar di jerman. tak tahu bila nak habis. mungkin dia terus kerja di sana, itupun kalau dia tak kesah jauh lama2 dengan aku lah. haha. normally dia tak tahan. okay, stop itu. aku cuma mahu cakap, dia kawan baik aku. kawan lelaki terbaik aku. okay, di sini kita berbicara soal kawan lelaki, bukan perempuan. jangan risau kwn2 perempuan terbaik aku. aku tak lupakan korg.

segala tentang aku dia tahu. kami lebih seperti adik-bradik. biasanya dia marah kalau aku cakap kami sibling. sebab dulu dia pernah approach aku, jadi dia malu. ah, itu semua cerita lama. tapi aku setuju kalau kata, perempuan dan lelaki memang susah kalau berkawan. selalunya akan terjatuh di alam chinta. ya, aku dan dia pernah. tapi cuma seminggu. tak berkat. aku lebih rela berkawan. annoying kot bila berchinta dengan kawan baik sendiri. tak suka. sampai sekarang aku elak. aku sebenarnya jenis yang tak suka berchinta dengan kawan. jadi, sesiapa yang mahu berchinta dengan aku, jangan jadi kawan aku. haha, poyos.

aku pernah kena maki dengan ex-girl dia sebab kami terlalu rapat. semua benda kami mahu bercherita. si dia ni pon bodoh. nak mengadu pasal girl dia kat aku. selain dapat penampar, dapat juga free gift penyepak. kena se-das. aku tak tahu apa masalah dia, berchinta tak pernah lama. dia ingat pompuan ni baju kot. suka hati je main tukar2.
even dia dah duduk jerman pon stil nak cherita semua benda kat aku. tiap hari e-mail panjang lebar. kadang aku tak baca pon.(haha, sorry bro. busy kot).

dan aku pernah hempas laptop dell dia sebab masa tu aku tengah emo, dia buat lawak 30 sen. memang mendapat la. habis semua assignment dia. padahnya, aku kena teman dia buat assignment sampai siap. inipun masa dia balik cuti time 1st year dulu. siot, dah lah lappy baru. haha. kan aku dah cakap, jangan main dengan aku.

dia juga sangat hantu rokok. ktanya dah sebati. silap2 kalau dia tak merokok, boleh dapat kanser paru2. so, baik teruskan. sebab katanya lagi, paru2nya dah sebati dengan rokok. budus betul. aku pon iyakan. tapi aku masih doa kalau2 dia mahu berhenti. aku tak mahu hilang kawan yang sudah sengat sebati dengan aku. serius, taknak.

dan dia paling tahu cara apa mahu tenangkan aku. aku bukan gadis yang menginginkan bunga, coklat atau tiket wayang free. aku juga tak bisa cair dengan kata2 manis pujangga. dia tahu rahsia aku. jadi biar dia yang selalu jadi penenang aku. aku yakin dia juga takkan bagitahu sesiapa. sebab katanya, tak mahu aku lupakan dia. bila aku tak tenang, emo, aku akan ingat dia. sebab cuma dia yang tahu ubatnya.

ahha. sakai.

dan dia sekali lagi berjaya pujuk aku semalam. aku sendiri konfius macammana aku boleh emo sampai mahu bunuh diri bagai. sengal kan. dia punya bebel, mengalahkan mama aku kot. entah berapa banyak bil dia, aku tak tahu. asalkan nanti dia tak claim dengan aku sudah.

itu sebab.
emosi aku sudah okay hari ini. tapi assignment masih melambak macam cibai. semua pun nak due hujung bulan ini. tamak. tapi tak apa. akan aku usahakan.

sebenarnya nak tahu kenapa aku emo?
1. assignment melambak. kena buat banyak kali sebab salah.
2. elaun tak masuk lagi. serius aku dah miskin. nak balik rumah pon tak ada duit. nasib minyak keta masih penuh.
3. encik apa nama curang.
4. internet mcm babi.
5. nak pergi konvo teha.tapi mcm busy gila.
6. laptop lembab mcm siput.
7. pening urus keperluan tauliah.gampang!--apsal aku yang kena fikir semua benda.
8. ada budak budget bagus. aku terasa nak penampor dia.
9. apa salah aku dengan cik sampai dia kutuk aku bagai nak rak.
10. aku period.

buduh.

semua benda ni aku cakap pada dia. tapi nak tahu katanya apa?

"ini hidup kot. lagi2 hidup kau. memang banyak masalah. rilek sudah!"

benawe betul. dia memang pandai. time aku citer, dia cuma diam. dengar. khusyuk. dan last2, dia tempelak aku. cakap aku lemah lah, bodoh lah, sengal lah, terlampau baik lah,...blablabla. banyak lagi dia bebel. malas aku nak tulis.

ah, sudah. aku dah kasi bocor rahsia.
alah, sebenarnya senang aja nak pujuk aku.
aku cuma suka dan selesa kalau aku ada masalah, aku nak citer, korang kena dengar. jangan kata apa2 selagi aku belum kata habis. ha, kan senang.
buat habis duit aja nak beli bunga lah, coklat lah, tiket wayang lah.
kalau betul mahu bagi. bagi aku seluar jeans skinny kelabu jenama romp. okeh. haha.

dah. aku nak settle assignment.
mak aih, dahlah tengah senggugut.

tahan2.

mati.

kadang2 aku terfikir apa relevannya aku masih kat sini. masih bernyawa di bumi indah Tuhan ini.
sejak malam tadi memang aku terasa seperti mati.
aku begitu takut mahu hidup.
aku begitu cuak untuk esok.

dan aku tidur dengan linangan air mata yang membuatkan aku terasa sembab bila terjaga jam 3 pagi. segalanya masih normal. dan aku, masih hidup.

serius aku terasa nak bunuh diri.
Ya Tuhan, ampunilah hamba-Mu ini. sesungguhnya aku manusia yang kurang iman, cetek akal. sehingga itu yang aku fikirkan. sesungguhnya hamba-Mu ini bukan manusia yang paling kuat untuk menghadapi hidup yang Engkau sajikan untuk aku. aku tahu Engkau tidak akan menguji aku jika aku tidak mampu. Kamu yang paling tahu siapa aku. mungkin Kamu mahu aku cuba. tapi aku tak mahu. aku sudah cukup rapuh untuk segala macam ujian. aku mula hilang secebis demi secebis.

---

kau tikam aku. tapi kau biarkan saja aku menggelupur kesakitan. kau nampak, tapi kau biarkan. manusia jenis apa kau ini. atau kau mahu bagi pembalasan pada aku. bukan kamu pemegang hal itu. itu Tuhan punya kerja. jangan kau nak memandai.
daripada kau tikam dan biar kan aku, baik kau kelar saja leher aku. kenapa nak biarkan aku lagi sakit?

sengaja.

aku tak mampu. serius aku tak mampu. janganlah uji aku lagi.

daya aku sudah kau culik.
senyum aku sudah kau tarik.
apa lagi yang tinggal?

Ahad, 21 Mac 2010

kebenaran kemungkinan.

okay2. aku hampir lupakan encik apa nama sebagai moral aku. hampir. sikit lagi. lagi banyak dia buat hal, lagi besar possibility dia nak diremovekan oleh aku. mengharap sekian yang pantas. plis, aku perlu teruskan hidup.

hidup yang tanpa encik apa nama.

hidup yang bukan lagi mimpi. ayuh, bangunkan aku segera. terima nyata bahawa bukan senang mahu memupuk rasa. kalau sudah tidak cinta, kamu mati pon. tetap tidak dapat rasa nikmat cinta yang kamu impikan. jadi bangun, ya. tak usah mimpi lagi.
tak usah dikejar lelaki yang tak faham rasa kamu. heh, malah pandang sebelah mata pon tak mahu.

aku sebenarnya konfius. lelaki ni slow ke?
walau berpuluh hint yang dibagi, satu benda pon kau tak dapat tangkap. tolonglah, aku dah rendahkan ego aku kot.

tapi lepas ini, jangan harap. kenyataan ini kamu yang minta. aku akan terus jadi aku. ego setinggi gunung. dan aku takkan tunduk lagi. takkan cair. takat lebur aku hanya aku yang akan tahu. takkan aku kongsikan pada semua. termasuk kau!

bukan. bukan benci. tak ada rasa benci langsung. cuma sedih sebab encik apa nama tak faham aku. perlu kah aku yang persoalkan? perlu kah aku yang mulakan?---siapa sebenarnya lelaki kat sini?>>aku atau encik apa nama?

ah, makin dicakap.makin buang masa. ini semua kerja Tuhan. kunfaya kun. jadi, maka jadilah. aku masih percaya pada jodoh yang Tuhan sudah tentukan. aku dah penat mencari. aku dah penat mengharap. aku dah penat sakit. aku dah taknak. tak mahu apa2.

bagi aku sendiri sudah bahagia.

biar.


Rabu, 17 Mac 2010

ladies nighto

terasa benar2 kembali ke dunia aku. berjalan2 di malam hari memang kegemaran. terasa seronok melihat2 ragam manusia yang bagai2. tambah2 lelaki gatal yang tak kena tempat. terus diam bila aku jeling tajam. haha, padan. ingat aku ini perempuan jenis mudah dikacau. sori, wrong time. wrong place la weh.

tapi tolong la jangan lama. sebab aku sesak kalau bersesak. aku tak suka tempat ramai orang jujurnya.

dan untuk malam tadi. cuma gadis2 pingitan saja yang dibenarkan keluar dengan aku. jawa rangers!
haha. terasa selesa gila bila melepak sesama jawa ni. gurau kasar pon lepak je. kalau melayu benar, memang susah kalau gurau tak kena tempat. cakap bodoh pon melenting. tapi kalau jawa, its okay. semua pon layan. orang cakap kau goblok pon terima saja. gelak pulak tu.

aku jawa. tapi haram tak reti cakap. adalah sikit2. tapi memang faham. kalau kau nak mencarut@ memaki aku pon, konfem aku tahu. balasannya penampor lah.

okay, kalau jawa rangers sudah bersama. memang segala macam gosip mula menular. terima kasih kepada ahli jawa rangers yang sangat bersemangat bercherita. seronok aku kalau tang gosip2 begini. bergosip sambil makan yong tau fu tepi jalan. gelak kuat2 macam tempat itu kau yang punya. memang macam haram la budak2 ni.

mahu letak gambar tapi kamera masing2 cikai. jadi gambar hanya tersimpan di kepala otak masing2. okay, jawa rangers. sekarang kita satu team. nak panggil sesapa masuk team kita?---suruh dia isi borang. haha.

p/s: akhirnya aku bisa gembira selepas meninggalkan jejak encik apa nama dalam kotak fikiran aku. aku sudah simpan dia diam2 dia situ. diam sampai dia mula bersuara.


Selasa, 16 Mac 2010

kembalikan hidup aku.

sejak dua menjak ni, aku jadi macam tak tentu arah. serba tak kena. senyum pon lain macam. sampai kadang aku tak sure sama ada aku senyum atau tidak. sebab kalau aku senyum, kenapa tak dibalas senyum itu. weh, bukan senang tahu nak lihat aku tersenyum.

atau mungkin, memang aku tak senyum.

huh.
lelah rasa jiwa. encik apa nama makin terasa menyusahkan. mahu aku publish lagi sekali entri arjuna mimpi?
please la weh, takkan tak perasan aku pandang kau lain macam. mahu apa lagi. aku pergi ke kamu dan tersenyum manis?
gila apa.
ingat aku ni gadis yang seperti apa.
aku bukan macam si perfectionist la weh. aku rok. kau tak suka, kau cakap. aku boleh terima apa. memanglah sakit tapi esok lusa okay dah.

tapi kenapa masih tiada apa.
encik apa nama ni slow lah.

nak tunggu apa?
MPD?

ah, please lah. aku nak pergi MPD untuk makan. bukan untuk luangkan masa cari kau duduk kat belah mana. lainlah kalau malam itu kau buat persembahan. tak perlu nak cari kau di mana. hah, aura menyusahkan tu dah terasa dah!

okay, kepada sesiapa. please. aku nak lupakan encik apa nama. dia dah buat dunia aku hampir tunggang-terbalik. aku mahu kembali ke dunia aku. dunia yang sebenar-benar milik aku. bukan adaptasi daripada kesah encik apa nama. atau segalanya tentang encik apa nama. sebelum dia jadi siapa-siapa pada aku. baik aku ambil langkah ini.

kun fayakun.

ini semua Tuhan punya kerja. jadi, makajadilah. kalau benar ada nya jodoh, maka adalah. kalau dia pemilik tulang rusukku, bagitahulah aku. tunjukkan pada aku.

p/s: belajar untuk menerima.

Ahad, 14 Mac 2010

andai ini mimpi indah.

aku tak pernah menyesal mengenalimu
aku tak pernah menyesal lari untukmu
mungkin itu semua takdir jalan hidupku
segalanya telah bermula di saat itu

sejak ku tak harusnya mimpikan hatimu
sebelum hatimu benar menginginkanku
namun ku tak bisa menipu rasa jiwaku
kerna kini aku sungguh mencintaimu

bila ku mendengar merdu suaramu
memanggil2 resah namaku
degup jantung ku mulai berubah
bila ku mulai mengungkap kata rindu
ku tak sanggup meluahkan semua
bahawa akulah dia

andai ini mimpi indah
biarkan saja gelisah
izinkan terus diriku
menemani kamu
semua cerita kita
kuungkapkan dalam doa
selamanya
selamanya

andai ini mimpi indah
bawalah aku bersama
andai ini rasa kita
bawalah aku terbang bersama

andai ini mimpi indah

encik apa nama cuma moral aku.
tidak lebih daripada itu.

dia belum layak.
dia belum cukup ada bilamana aku terasa aku dimaki.
dia belum cukup ada bilamana aku terasa sendiri.
dia belum cukup ada bilamana seluruh dunia melupakan aku.

dia belum pernah menenangkan hati aku yang resah.
dia belum pernah membisikkan kata sabar.

belum.

dan bukan bermakna dia moral aku, dia lah yang paling sempurna.
dia cuma lelaki biasa2.
aku tak berani mahu berkata lebih sebab aku pon masih belum kenal siapa dia.
itu aku cakap. selagi dia tak mulakan semuanya...

semuanya akan masih seperti biasa.

dia masih taraf seorang moral pada aku. masih tidak seistimewa kawan2 yang aku suka. masih tidak sesempurna kekasih yang aku puja. dan dia hanya encik apa nama.

mungkin suatu hari nanti dia akan mengucapkan kata2 cinta.
dan mungkin tidak.

walaupun encik apa nama sudah aku tahu nama sebenar dia. tapi apa yang berubah?
masih sama, kan?

aku tak mahu hubungan yang sementara. aku tak suka. buang masa. kalau encik apa nama benar punya rasa seperti apa yang aku rasa, mampirlah. mari kenali siapa aku. mari berkasih dengan aku.

tapi ianya cuma mimpi.

bila aku bangun nanti, semuanya sudah tiada. kembali seperti biasa.

p/s: bantu aku. aku sesak dengan rasa aku sendiri. aku mahu berhenti punya rasa ini pada encik apa nama. tapi tak mampu. tak mampu.

Jumaat, 12 Mac 2010

dating berjarak 10 meter.

aku jadi separuh gila semalam.
setelah sepurnama tak jumpa. eh, kejab. sepurnama tu berapa lama, hah?
sengal la. nak berpuisi sikit pon tak boleh.

okay, terus kepada titik yang sepatutnya.

setelah sekian lama mungkin lebih sesuai. aku bertemu kembali dengan encik apa nama. kind of perubahan besar. bilamana dia mula pandang aku 'semacam'. semacam yang semacam. lah. kalau mahu kata aku perasan, terpulang. tapi aku yakin semua pon ada instinct. rasa hati aku betul kot. even tak selalu tepat pon. tapi kali ini aku tahu.

nak cerita ya. kalau sekali, tak apa. dua kali pon, masih tak apa. masuk kali ke tiga. aku dah berdebar. apahal kan. takkan dia tahu yang aku minat pada dia. takkan lah. macam tak logik pulak bunyinya.

kenapa?
sebab kami tak kenal.
langsung tak kenal.

malam itu, jadi lagi. kali ini dengan saksi bernama. dia nampak kawan pada encik apa nama pandang aku 'semacam'. saksi itu kata, takkan kawan dia pulak yang minat pada aku. haha. nonsense.

walau apa pun. apa yang aku mahu katakan dengan dating berjarak 10 meter. aku dengan encik apa nama sempat dating berjarak. dia duduk di atas motornya dan aku bersandar di sisi kereta. aku buat2 sibuk manakala dia asyik dengan alam ciptaan Tuhan.

ah, ini kesah aku. jadi aku punya suka. tak salah kalau kita menjadikan sesuatu itu sebagai penguat semangat kita atau lebih tepat sebagai sumber inspirasi.

lagipun aku single, jadi aku bolehlah punya admirer. apa. kan.

p/s: bilamana encik apa nama membebel bunyinya sangat annoying. tapi aku suka. haha.

Rabu, 10 Mac 2010

rabu yang annoying.

BUKAN sebab kena bangun pukul 3 pagi buat assignment.
BUKAN sebab kena rowcall selepas subuh.
BUKAN sebab kena pakai baju no 3 sepanjang hari.
BUKAN sebab kelas dari jam 10 sampai 6.
BUKAN sebab perlu dengar banyak teori dari doktor yang selalu seluk tangan ke poket seluar belakang.
BUKAN sebab habiskan tiga jam untuk kemahiran berfikir scr kritis.
BUKAN sebab kena selesaikan tutorial MA.

semua pon bukan.
serius bukan.

rabu aku jadi annoying gila sebab...

minyak motor habis tadi.berhenti betul2 depan gate 5th. sudahlah pakai baju no 3. malu betul.

terus aku park kat luar.
weh, sapa yang nak sabotaj aku ni.
sengaja seh.

annoying gila~

Selasa, 9 Mac 2010

arjuna mimpi

mengapa sekadar jeling kalau hendak kau sulam bibir itu dengan simpul?
mengapa cuma merenung kalau hanya kau kuncikan gempita suara itu?
mengapa sanggup berbicara lewat hati tanpa dihulur anggukan salam?
mengapa perlu diketap mungil delima tanpa kau pamer teres gigimu?

mengapa tampal diri engkau di situ sedang aku menunggu saatnya
yang engkau soalkan wujud seorang aku yang sekian menanti kamu.

arjuna mimpi,
mampirlah.

tanya nama aku.


p/s: dari aku melalui fynn jamal kepada encik apa nama.

Isnin, 8 Mac 2010

aman sajalah semua.

begini.
kadang2 kita tak sedar yang kelakuan kita buatkan manusia laen rasa jelek gila.
kadang2 kita juga tak sedar yang mereka2 itu terlalu ambil berat pasal kita.

ini salah satu kelemahan kalau baran.

terlalu emo tak kena tempat. ini yang aku kata, kalau aku jadi sangat tak matang. beginilah. aku lupa sekejab banyak hati yang nak kena jaga. lupa gila.

wahai hati, lupakan segala. berharap semuanya aman belaka. hati manusia kan kita tak bisa jangka. kalau hari ini dia baik, segalanya akan baik. dan kalau esok lupa dia tak baik. segalanya akan mula jadi kacau.

wahai diri, ingatkan sesuatu. kamu pernah berjanji akan selalu senyum. jadi apa perlu berpaling muka dari wajah2 yang bisa buat kamu senyum. ini janji kamu. tak siapa pernah paksa. cukup2 lah berfikir negatif. manusia inikan tak semuanya sempurna.

kalaupun mereka2 mahu jatuhkan kamu, terima sajalah. bukankah kamu pernah juga jatuh?---malah tersungkur dan dipijak lumat. jadi, terima. sebab ianya tidak memberi impak besar dalam hidup kamu.

bukan mahu hipokrit. cuma mahu belajar menerima.

yang benar,
AKU.

Ahad, 7 Mac 2010

privacy aku, aku punya suka lah!

banyak benda dalam hidup ini kita tak boleh berkongsi. aku manusia paling menentang poligami. khas untuk lelaki2 yang tidak tahu makna sebenar tanggung-jawab. katanya mahu menolong. alasan lapuk. boleh blah.

apa yang aku mahu utarakan hari ini BUKAN makna kongsi yang menjurus kepada poligami. tetapi lebih kepada cara bagaimana aku hidup. cara bagaimana aku jalankan hidup aku. semua kawan2 aku tahu, aku bukan ramah orangnya. jadi, banyak benda tentang aku sukar untuk dijangka. kadang aku begini, kadang aku begitu.

cuma yang menjadi halnya sekarang, jenis manusia yang paling aku elakkan---penyibuk. serius susah gila nak hindar jenis manusia yang begini. ada saja idea dia mahu jaga tepi kain orang lain. hal hidup orang, suka sangat dibuah-mulutkan. tak ada kerja lain kot.

aku pon suka bergosip. tapi pada2 la weh. kalau orang dah tak suka, aku berhenti. aku pun tak hingin bergosip lama2. mereka pula jenis yang tak reti orang bagi isyarat. suka benar main redah.

hey, semua orang punya privacy kot. kamu2 tak ada hak nak maen redah!
silap2 boleh kena saman. dunia sekarang apa2 pon boleh. kau salah cakap sikit di FB pon kau dah boleh kena turun naik mahkamah. jangan sebarang cabar. manusia diam macam aku, angin nya tak tentu bila datang.

mungkin sebab ini aku lebih suka sendiri. kawan2 aku tak ramai. lingkungan mereka2 yang cukup aku jaga. yang benar2 tahu aku siapa, dan aku bagaimana sahaja akan faham manusia se-jenis aku. itu cara aku, kalau kau rasa jelek...kau boleh berpaling dan pergi jauh dari aku.

tak usah bicara apapon.

tak perlu.

bukan tak boleh aku mahu berdepan dengan kau dan bicara segala benci ini. tapi sebab manusia jenis aku ini masih punya hati. tak mahu sengaja menggentar halilintar. setiap kali aku dah cuba bersabar. jangan sampai tapak tangan aku yang suci ini TERkena di pipi kau dek kerana celoparnya mulut busuk kau.

mama ayah kegilaan aku tak pernah mengajar putera-puterinya cara kasar untuk menyelesaikan masalah. malah selalu saja nasihat, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang."
mungkin sebab itu aku masih bersabar dan tidak mahu membalas. satu masa memang aku akan jadi manusia yang sangat matang dan selalu saja berfikir kalaulah aku ditempat kamu. tapi jangan lupa. aku juga manusia. satu masa aku tetap juga akan jadi manusia yang sangat tak matang dan bertindak ikut nafsu setan.

jadi jangan cuba2 cabar. aku tak mahu burukkan keadaan.

setiap kali aku sakit, aku akan lari. aku akan cari segala-macam cara untuk pulihkan sendiri hati aku. dan bila aku sudah temui cara yang baik untuk sembuh cepat, setiap kali itulah kau datang dan porak-peranda kan segala. celaka betul.

mahu saja aku ramas2 kau dan buang dalam tong sampah hitam. dan tutup. letak batu besar atas penutupnya. supaya kau tak bisa keluar.

puas hati aku!

*tunduk dan redha*

tolonglah, korang. kasihan sikit pada hati aku yang hampir lumat ini. beri sedikit jiwa.

jika aku perlu sangat masa sendiri, tolonglah hormati.
jika orang laen juga perlukan hal yang sama, janganlah mendengki.
hidup kita tak sama, lagilah time mati.
jadi, plis...bila aku baru nak gembira, tolong jangan curi.

dan lagi satu. antara aku dengan encik apa nama. itu aku punya suka lah nak menggedik atau apa.
apa hak kau nak kata aku perasan?
oh, jadi kaulah manusia mithali yang tak pernah perasan!
wadefreak.

dengan aku kau tak boleh tipulah. hal kau dalam poket aku melambak. ini yang dikatakan suka kacau privacy orang padahal privacy dia sendiri, bersepah!
malulah weh.
tak usah khabarkan pada seantero dunia siapa kau. kalau setakat kau nak berselindung di sebalik alim kau. tak payah.

okay, aku dah penat jaga tepi kain kau. mulai sekarang kau jagalah sendiri. jaga yang se-benar2 jaga...sebab ianya dah sedikit koyak. yang aku punya, tak usah nak sibuk dah. khidmat jahit kau tidak diperlukan. kau jahitlah kain kau sendiri.

kata2 aku macam taik kan. huh, apa aku peduli. awal lagi aku dah cakap, kau tak suka aku, kau boleh blah.

*tarik nafas.lepas*

tenang!



p/s: oh la...agaknya sebab ini juga aku masih tak punya kekasih hati. serius la, mana ada lelaki yang nak jadi chipsmore? bila aku nak, dia kena ada...bila aku taknak, kamu boleh berambus!

Sabtu, 6 Mac 2010

mahkota perlu dijatuhkan?

banyak kali dalam hidup kita tak boleh nak buat keputusan seperti apa yang kita mahu.
ATAU
banyak kali dalam hidup, keputusan telah kita ambil. cuma praktikalnya yang kurang pasti mahu dijalankan.

aku ragu. seriusli ragu.
sayang gila bila something yang kita sudah jaga rapi perlu dikorbankan.

tak mahu.
aku pun mula google sesuatu yang boleh membuatkan aku tidak mengorbankan sesuatu yang aku sayang saat ini. tapi macammana kalau benar penyakit keturunan hasil pembawakan mama kegilaan aku itu semakin memakan diri?
dem. tersepit aku ini. mahu cantik atau mahu sihat?----erm, chantik!

tapi secara hakikinya. sesuatu yang perlu diterima. cuma kekasih sehidup-semati aku nanti yang bisa lihat pon. yang laen hanya boleh mengata. logik juga. kalau aku korbankan sekarang, dalam perkiraan...bilamana tiba masa aku mendirikan masjid nanti, masih ada. masih boleh ada.

konfius kan.
aku berbicara soal mahkota aku lah.

kawan2 sekalian. aku punya penyakit kulit kepala.
menurut apa yang aku google, katanya aku menghadapi masalah kulit kepala kering. katanya lagi, mungkin kerana shampoo yang aku pakai. erm, dah lama kot aku pakai pantene. apa masalahnya tiba2 pantene nak sabotaj aku pulak sekarang ni?

aku tak nak gunting rambut.
aku tak nak kehilangan mahkota aku. walau sikit.
aku tak nak rambut pendek.

korang2 yang suruh aku potong rambut jelas jeles dengan rambut aku, kan. alah, cakap aja lah. benci aa. aku nak buat rambut macam hanis zalikha. nanti2 kalau pendek, macammana nak jadi hanis zalikha. taknak macam posh beckham. taknak!

doakan aku sembuh cepat. mungkin ini kerana tekanan kerja sejak akhir2 ini. kepala pon asyik pening saja. bosan betul sakit. terasa macam manusia lemah je.
aku kena kuat. kena.

dan lagi mahu berbicara soal mahkota wanita.
separuh manusia akan mengklasifikasikan mahkota wanita sebagai rambut. dan separuh lagi akan mengklasifikasikannya sebagai yang lain.

entahlah. cuma aku fikir, wanita tak seharusnya begitu. dan perlu begini. atau tak begini, kena begitu. berbelit rasa. macam biasa. manusia hanya mampu berkata2. yang menanggungnya yang terasa betapa bagai mahu mati.
cuma sedikit nasihat. wahai wanita. plislah. jangan jadi hamba pada masalah. lagi2 masalah itu sepatutnya sesuatu yang boleh sangat dielak. cuba fikir lebih jauh. cuba fikir apa yang manusia lain akan fikir, akan kata jika kita lakukan sesuatu yang diluar norma.
manusia ini tahunya cuma bercakap. apa yang tak sedap di mata mereka, gampang saja mahu disuarakan.

hati orang tolak tepi.
kejamkan.

ini dunia. tiada manusia kasihankan manusia yang lainnya. kecuali si manusia itu punya hati. jelas bukan di dunia ini tak banyak manusia yang punya hati. cuma, jangan jadi bodoh. selagi kau mendesak, selagi itu kau memperbodohkan diri kau.

kau menangis sorang2.
satu dunia gelakkan kau.
sadis.

jadi, tolonglah kuat.

jadi macam aku. cool.
haha.wadehel.

senang saja kau cakap. bila kena batang hidung, barulah kau nak melenting tak tentu pasal. tapi selalunya aku diam apa. nangis pon nangis sorang2 je. pathetic kan. itu aku.

biasanya aku tak suka tunjukkan betapa lemah dan bodohnya aku. cuma Tuhan yang tahu. kalau tidak, selamanya kita akan dipijak.
lumat.

jadi, tolong berjaga ya wanita.

jaga mahkota.

??

Khamis, 4 Mac 2010

terlalu asyik dengan Chicken Wing Hooters & Cellox.


terlalu banyak benda mahu disuarakan. tapi haram. hidup terlalu mengongkong aku. masih sedarkan diri bahawa aku punya hidup sebagai seorang pelajar.

jumaat >>> present Cellox.
sabtu >>> present Chicken Wing Hooters.

habis sahaja dua benda ini akan aku penuhkan kembali ruangan maya ini untuk bersuara, ya.
[masih lagi tak sedar, ada lagi benda yang sedang tunggu.]

okidoki.

ingat tu!

Isnin, 1 Mac 2010

hepi dan rok selayaknya.

terasa macam segala penat lelah dan masa tidur yang terganggu, terbayar. thumbs up untuk lecturer aku. article yang aku present tadi akan dijadikan salah satu soalan untuk final exam nanti. haha. betapa bertuahnya aku. tak sia2 aku bersengkang-mata membaca article 30 pages ni. syukur.

dan berckp psl syukur. abg saudara aku yang namanya shukor selamat mendirikan rumah tangga semalam. aku manusia paling sibuk di dunia tak balik rumah pon pergi majlis kahwin dia. ala, bukan dia jemput aku pun. dia jemput parents kegilaan aku saja. then, buat apa mahu menyibuk. hah, sarkastik.

dan lagi, mesti semua tertunggu2 apa kata aku pasal gosip panas yang melanda kolej dan fb. semuapon nak menyumbangkan pendapat dan amarah. tapi bagi aku, kalau ada orang lain tanya, aku hanya akan jawab 'no komen!'.
tolonglah, banyak lagi benda yang aku nak kena fikir. tambah dengan minggu sibuk aku minggu ini. setiap hari pun kena submit keje. tapi masih tak insaf. masih mahu buka fb. masih mahu menyemakkan blog.

normallah manusia kan.

bukanlah aku tak mahu mempertahankan apa yang kita punya sekarang. aku bukan mudah dipijak.

cumanya sekarang, prosedur sudah jadi haprak. kerjasama yang macam taik itu lagi masih dijadikan point. oh, please la. korang2 ni student UM kot. berbalah dlm fb mcm budak tak sekolah. apa yang nak dibanggakan?---buat malu adalah.

kalau kamu2 berani sangat, pergi saja bilik dia. selesai. gaduh, maka gaduhlah. kesudahannya hanya akan melibatkan kamu, dia dan pentadbiran kolej. tapi bila sudah berbalah di fb, silap2 kerajaan Malaysia pon mahu ambil tindakan. buduh punya manusia.

bagi aku, semua pihak pon salah.

orang yang kata memekak dan ganggu orang lain nak tidur padahal jam sudah 9 pagi.
orang yang sibuk karok, ingat suara dia sedap sangat dan nak biar satu kolej dengar.
orang yang dapat mesej, suruh slow sikit musik tapi buat selamba.
orang yang sepatutnya incharge kat situ tak reti nak ambil port pasal hal sensitif2 macam ni.
orang yang sengaja mahu bangunkan warga kolej yang macam boikot event hari itu.
orang yang terlalu sibuk di hutan sampaikan tak perasan member dia dah buat onar satu kolej.
orang yang suka menambah cerita dan buat orang laen lagi berbalah.
orang yang selalunya tak positif dan akan selamanya negatif.
orang yang asyik nak cari kesalahan orang walaupun orang itu sudah minta maaf.
orang yang tak reti nak fikir bahawa fb itu satu dunia bukak.
orang yang katanya mahu mempertahankan apa yang dia punya, tapi sebenarnya dia menambah burukkan rupa dia punya itu.

bodoh.

semua pon tak boleh nak fikir.
sekolah belajar tiga tingkat tapi bodohnya empat tingkat!

macam ni lah.
semua orang pon nak masuk surga. tapi tiada siapa yang mahu mati.

hakikatnya sama. semua pon mahu mempertahankan apa yang dia ada. di mana dia berpijak. siapa dia yang sebenarnya.

kalau palapes, sokong palapes.
kalau civillian, sokong civillian.

this is vice-versa.

macam yang aku cakap tadi. tiada siapa mahu mati.
jadi tiada palapes mahu cakap, civillian itu betul.
dan tiada civillian mahu cakap, palapes itu betul.

kan.

weyh, korang. Tuhan bagi akal untuk berfikir. cari jalan untuk selesai. bukan cari jalan mahu menambah gusar.

nonsense.

kepada yang tak tahu apa, tak usah sibuk mahu komen macam kau tahu segala. wadefreak. pergi jauhlah. sebab kau, semua taik jadi busuk.

fed-up aku dengan segala macam hal. aku sudah menjadi positif pada tahap yang cukup terbaik. selalu saja mendahulukan manusia yang laennya. tapi curious kenapa manusia laen tak boleh berbuat yang sama. cuma perlu letakkan diri kamu pada diri orang laen. susah kah?

susah?
mari belajar sama aku.
aku sudah arif.

hilang segala hepi aku sepanjang minggu lepas. sebab benda kecik ini. sebab korang yang tak sedar diri sudah tua tapi perangai masih macam budak. adik aku lagi matured kot dari korang. berubah lah weyh.

ah, yang penting aku masih nak hepi dan rok. korang nak mengamuk, merapu, berbalah, silakan. aku taknak join. selesai diam2 sudah. kecoh nak lebih. buat kerja ciput je pon. manusia akhir zaman. beginilah.

tak tahu diuntung!