ada waktu2nya, aku lebih suka membisu seribu bahasa. kerana, bila banyak berkata- kata, akan menyusutkan lagi sengketa. lagipun aku fikir, orang yang berkata dan menuduh itu tidak kenal diri aku sepenuhnya. maka, haruskah aku kisah dengan kata- katanya?
aku anggap, bila aku tidak kesah, bila aku diam dan mengalah, bila aku telah minta maaf, bila aku telah redha. semuanya akan hapus begitu saja. habis. tamat. putus. rupanya tidak semudah itu. sebab, ia masih belum pergi, masih lagi muncul, berlegar di hadapan saya.
cukup- cukuplah menghiris hati ini. tidak perlu lagi datang menambah luka, atau cuba merawat luka dengan penawar yang belum tentu berkesan. kamu benci saja aku selamanya, itu lebih baik. aku tak mahu kamu ada bila hati kamu suka dan sesal, dan menjauh bila bengang dan meradang.
tali yang terputus ini. alah kerana kamu cantas dengan pisau yang ada di tangan kamu. ketika aku memegangnya. kerana tajamnya pisau, tangan saya, turut luka. menitiskan darah luka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.