Selasa, 30 Mac 2010

menyesal.

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski dihati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

---

cinta memang tak selalu ada. kun fayakun masih berguna. dan Tuhan mahu tunjuk, bukan sekarang mahu mencari bahagia yang satu itu. jadi, tinggalkan dulu. tiada guna rasanya mahu meratap sedih atau hiba. kau rok, kan. jadi kool saja.

tapi bukankah ini nama hipokrit?
kenapa tak kau tengking saja dia itu. biar dia mengerti kata hati kau.
kenapa kau biar saja diri kau dibuat begini.

tapi.
jangan lupa bahwa dia juga antara kawan2 yang kau suka. kau sudah janji tak mahu berbalah sebab lelaki, bukan?--kau nyatakan kau sanggup mati untuk kawan2 yang kau suka, bukan?
jadi?---aku tak nampak kenapa perlu kau memaki kawan2 yang kau suka itu sebab manusia bernama lelaki.

hey, mari sedarkan diri ya!
Tuhan sudah tentukan jodoh kita masing2. kalau sudah tiada jodoh. maksudnya kita tidak ketemu lagi pemilik tulang rusuk kita. buat apalah mahu berbalah.

tapi macammana pula kita mahu buat dengan kawan yang sudah bersedia mahu makan kawannya. entah apa yang tak cukup makan sangat, tak pasti.
kau sabar, ya. aku tahu kau pernah kecewa dengan kawan. aku tahu kau sudah tidak percaya pada sahabat. aku tahu kau pernah maki aku sebab mahu percayakan kau tentang sahabat.
dunia ini kan bulat. kadang kita gah berada di atas, dan kadang kita mengecil di bawah. lumrah alam kot. sekarang kau yang kena. mungkin esok lusa dia pula yang kena. atau dia sudah kena, sekarang tiba masa kau pula yang mesti kena.

ingat bahwa semua ini kerja Tuhan, cukuplah.

tapi perit ya rasanya, manusia yang paling kita percaya akhirnya mampu jatuhkan kita ke ruang yang paling dalam.

apa dia sengaja.
atau tidak.

aku harap jawapannya, "tidak!"

sangat berharap. rasa bodoh kot bila berbalah sebab manusia yang lain jantinanya dengan kita. rasa useless gila.
atau mungkin, kesah ini memang kesah mereka. cerita ini merekalah hero dan heroinnya. merekalah laila dan majnunnya. merekalah pasangan yang sempurna sebenarnya. oh jadi, aku cuma watak ketiga?--watak sebagai perempuan jahat yang berusaha merampas hero dari heroinnya. ek eleh, tak mencabar langsung!

ah, aku tak mahu watak ketiga. aku tak mahu jadi perempuan jahat dan perampas.
TAK MAHU!!!!

aku mahu jadi heroin kepada hero aku. aku mahu jadi laila kepada majnun aku. aku mahu jadi sebahagian daripada pasangan yang sempurna itu.

jika ini bukan kesah aku, lalukan aku ke luar dari sini. izinkan aku meminta diri.
tak perlu kamu menghambat aku pergi. kerna aku sudah lihat samar2 tanda keluar. jangan runsing, aku akan ikut tanda itu.

aku juga sudah berhenti berharap. selalu juga nyanyikan lagu sheila on seven itu. dan juga lagu menyesal di atas. penyanyi sebenar lagu ini aku tak pasti. tapi telah diakustikkan semula oleh encik mimpi.

okay, aku mahu pergi membasuh luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.