sejak dua menjak ni, aku jadi macam tak tentu arah. serba tak kena. senyum pon lain macam. sampai kadang aku tak sure sama ada aku senyum atau tidak. sebab kalau aku senyum, kenapa tak dibalas senyum itu. weh, bukan senang tahu nak lihat aku tersenyum.
atau mungkin, memang aku tak senyum.
huh.
lelah rasa jiwa. encik apa nama makin terasa menyusahkan. mahu aku publish lagi sekali entri arjuna mimpi?
please la weh, takkan tak perasan aku pandang kau lain macam. mahu apa lagi. aku pergi ke kamu dan tersenyum manis?
gila apa.
ingat aku ni gadis yang seperti apa.
aku bukan macam si perfectionist la weh. aku rok. kau tak suka, kau cakap. aku boleh terima apa. memanglah sakit tapi esok lusa okay dah.
tapi kenapa masih tiada apa.
encik apa nama ni slow lah.
nak tunggu apa?
MPD?
ah, please lah. aku nak pergi MPD untuk makan. bukan untuk luangkan masa cari kau duduk kat belah mana. lainlah kalau malam itu kau buat persembahan. tak perlu nak cari kau di mana. hah, aura menyusahkan tu dah terasa dah!
okay, kepada sesiapa. please. aku nak lupakan encik apa nama. dia dah buat dunia aku hampir tunggang-terbalik. aku mahu kembali ke dunia aku. dunia yang sebenar-benar milik aku. bukan adaptasi daripada kesah encik apa nama. atau segalanya tentang encik apa nama. sebelum dia jadi siapa-siapa pada aku. baik aku ambil langkah ini.
kun fayakun.
ini semua Tuhan punya kerja. jadi, makajadilah. kalau benar ada nya jodoh, maka adalah. kalau dia pemilik tulang rusukku, bagitahulah aku. tunjukkan pada aku.
p/s: belajar untuk menerima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.