banyak kali dalam hidup kita tak boleh nak buat keputusan seperti apa yang kita mahu.
ATAU
banyak kali dalam hidup, keputusan telah kita ambil. cuma praktikalnya yang kurang pasti mahu dijalankan.
aku ragu. seriusli ragu.
sayang gila bila something yang kita sudah jaga rapi perlu dikorbankan.
tak mahu.
aku pun mula google sesuatu yang boleh membuatkan aku tidak mengorbankan sesuatu yang aku sayang saat ini. tapi macammana kalau benar penyakit keturunan hasil pembawakan mama kegilaan aku itu semakin memakan diri?
dem. tersepit aku ini. mahu cantik atau mahu sihat?----erm, chantik!
tapi secara hakikinya. sesuatu yang perlu diterima. cuma kekasih sehidup-semati aku nanti yang bisa lihat pon. yang laen hanya boleh mengata. logik juga. kalau aku korbankan sekarang, dalam perkiraan...bilamana tiba masa aku mendirikan masjid nanti, masih ada. masih boleh ada.
konfius kan.
aku berbicara soal mahkota aku lah.
kawan2 sekalian. aku punya penyakit kulit kepala.
menurut apa yang aku google, katanya aku menghadapi masalah kulit kepala kering. katanya lagi, mungkin kerana shampoo yang aku pakai. erm, dah lama kot aku pakai pantene. apa masalahnya tiba2 pantene nak sabotaj aku pulak sekarang ni?
aku tak nak gunting rambut.
aku tak nak kehilangan mahkota aku. walau sikit.
aku tak nak rambut pendek.
korang2 yang suruh aku potong rambut jelas jeles dengan rambut aku, kan. alah, cakap aja lah. benci aa. aku nak buat rambut macam hanis zalikha. nanti2 kalau pendek, macammana nak jadi hanis zalikha. taknak macam posh beckham. taknak!
doakan aku sembuh cepat. mungkin ini kerana tekanan kerja sejak akhir2 ini. kepala pon asyik pening saja. bosan betul sakit. terasa macam manusia lemah je.
aku kena kuat. kena.
dan lagi mahu berbicara soal mahkota wanita.
separuh manusia akan mengklasifikasikan mahkota wanita sebagai rambut. dan separuh lagi akan mengklasifikasikannya sebagai yang lain.
entahlah. cuma aku fikir, wanita tak seharusnya begitu. dan perlu begini. atau tak begini, kena begitu. berbelit rasa. macam biasa. manusia hanya mampu berkata2. yang menanggungnya yang terasa betapa bagai mahu mati.
cuma sedikit nasihat. wahai wanita. plislah. jangan jadi hamba pada masalah. lagi2 masalah itu sepatutnya sesuatu yang boleh sangat dielak. cuba fikir lebih jauh. cuba fikir apa yang manusia lain akan fikir, akan kata jika kita lakukan sesuatu yang diluar norma.
manusia ini tahunya cuma bercakap. apa yang tak sedap di mata mereka, gampang saja mahu disuarakan.
hati orang tolak tepi.
kejamkan.
ini dunia. tiada manusia kasihankan manusia yang lainnya. kecuali si manusia itu punya hati. jelas bukan di dunia ini tak banyak manusia yang punya hati. cuma, jangan jadi bodoh. selagi kau mendesak, selagi itu kau memperbodohkan diri kau.
kau menangis sorang2.
satu dunia gelakkan kau.
sadis.
jadi, tolonglah kuat.
jadi macam aku. cool.
haha.wadehel.
senang saja kau cakap. bila kena batang hidung, barulah kau nak melenting tak tentu pasal. tapi selalunya aku diam apa. nangis pon nangis sorang2 je. pathetic kan. itu aku.
biasanya aku tak suka tunjukkan betapa lemah dan bodohnya aku. cuma Tuhan yang tahu. kalau tidak, selamanya kita akan dipijak.
lumat.
jadi, tolong berjaga ya wanita.
jaga mahkota.
??
whos hanis zalika?hanis mansoor aku knal la..huhuhu
BalasPadamdiorang adik-bradik kot. haha. gua dah buat link kot. gi la usha. tgk rambut die je. dia model la. aduh...lambat2.
BalasPadam*geleng*