Ahad, 7 Mac 2010

privacy aku, aku punya suka lah!

banyak benda dalam hidup ini kita tak boleh berkongsi. aku manusia paling menentang poligami. khas untuk lelaki2 yang tidak tahu makna sebenar tanggung-jawab. katanya mahu menolong. alasan lapuk. boleh blah.

apa yang aku mahu utarakan hari ini BUKAN makna kongsi yang menjurus kepada poligami. tetapi lebih kepada cara bagaimana aku hidup. cara bagaimana aku jalankan hidup aku. semua kawan2 aku tahu, aku bukan ramah orangnya. jadi, banyak benda tentang aku sukar untuk dijangka. kadang aku begini, kadang aku begitu.

cuma yang menjadi halnya sekarang, jenis manusia yang paling aku elakkan---penyibuk. serius susah gila nak hindar jenis manusia yang begini. ada saja idea dia mahu jaga tepi kain orang lain. hal hidup orang, suka sangat dibuah-mulutkan. tak ada kerja lain kot.

aku pon suka bergosip. tapi pada2 la weh. kalau orang dah tak suka, aku berhenti. aku pun tak hingin bergosip lama2. mereka pula jenis yang tak reti orang bagi isyarat. suka benar main redah.

hey, semua orang punya privacy kot. kamu2 tak ada hak nak maen redah!
silap2 boleh kena saman. dunia sekarang apa2 pon boleh. kau salah cakap sikit di FB pon kau dah boleh kena turun naik mahkamah. jangan sebarang cabar. manusia diam macam aku, angin nya tak tentu bila datang.

mungkin sebab ini aku lebih suka sendiri. kawan2 aku tak ramai. lingkungan mereka2 yang cukup aku jaga. yang benar2 tahu aku siapa, dan aku bagaimana sahaja akan faham manusia se-jenis aku. itu cara aku, kalau kau rasa jelek...kau boleh berpaling dan pergi jauh dari aku.

tak usah bicara apapon.

tak perlu.

bukan tak boleh aku mahu berdepan dengan kau dan bicara segala benci ini. tapi sebab manusia jenis aku ini masih punya hati. tak mahu sengaja menggentar halilintar. setiap kali aku dah cuba bersabar. jangan sampai tapak tangan aku yang suci ini TERkena di pipi kau dek kerana celoparnya mulut busuk kau.

mama ayah kegilaan aku tak pernah mengajar putera-puterinya cara kasar untuk menyelesaikan masalah. malah selalu saja nasihat, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang."
mungkin sebab itu aku masih bersabar dan tidak mahu membalas. satu masa memang aku akan jadi manusia yang sangat matang dan selalu saja berfikir kalaulah aku ditempat kamu. tapi jangan lupa. aku juga manusia. satu masa aku tetap juga akan jadi manusia yang sangat tak matang dan bertindak ikut nafsu setan.

jadi jangan cuba2 cabar. aku tak mahu burukkan keadaan.

setiap kali aku sakit, aku akan lari. aku akan cari segala-macam cara untuk pulihkan sendiri hati aku. dan bila aku sudah temui cara yang baik untuk sembuh cepat, setiap kali itulah kau datang dan porak-peranda kan segala. celaka betul.

mahu saja aku ramas2 kau dan buang dalam tong sampah hitam. dan tutup. letak batu besar atas penutupnya. supaya kau tak bisa keluar.

puas hati aku!

*tunduk dan redha*

tolonglah, korang. kasihan sikit pada hati aku yang hampir lumat ini. beri sedikit jiwa.

jika aku perlu sangat masa sendiri, tolonglah hormati.
jika orang laen juga perlukan hal yang sama, janganlah mendengki.
hidup kita tak sama, lagilah time mati.
jadi, plis...bila aku baru nak gembira, tolong jangan curi.

dan lagi satu. antara aku dengan encik apa nama. itu aku punya suka lah nak menggedik atau apa.
apa hak kau nak kata aku perasan?
oh, jadi kaulah manusia mithali yang tak pernah perasan!
wadefreak.

dengan aku kau tak boleh tipulah. hal kau dalam poket aku melambak. ini yang dikatakan suka kacau privacy orang padahal privacy dia sendiri, bersepah!
malulah weh.
tak usah khabarkan pada seantero dunia siapa kau. kalau setakat kau nak berselindung di sebalik alim kau. tak payah.

okay, aku dah penat jaga tepi kain kau. mulai sekarang kau jagalah sendiri. jaga yang se-benar2 jaga...sebab ianya dah sedikit koyak. yang aku punya, tak usah nak sibuk dah. khidmat jahit kau tidak diperlukan. kau jahitlah kain kau sendiri.

kata2 aku macam taik kan. huh, apa aku peduli. awal lagi aku dah cakap, kau tak suka aku, kau boleh blah.

*tarik nafas.lepas*

tenang!



p/s: oh la...agaknya sebab ini juga aku masih tak punya kekasih hati. serius la, mana ada lelaki yang nak jadi chipsmore? bila aku nak, dia kena ada...bila aku taknak, kamu boleh berambus!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.