Selasa, 23 Mac 2010

mati.

kadang2 aku terfikir apa relevannya aku masih kat sini. masih bernyawa di bumi indah Tuhan ini.
sejak malam tadi memang aku terasa seperti mati.
aku begitu takut mahu hidup.
aku begitu cuak untuk esok.

dan aku tidur dengan linangan air mata yang membuatkan aku terasa sembab bila terjaga jam 3 pagi. segalanya masih normal. dan aku, masih hidup.

serius aku terasa nak bunuh diri.
Ya Tuhan, ampunilah hamba-Mu ini. sesungguhnya aku manusia yang kurang iman, cetek akal. sehingga itu yang aku fikirkan. sesungguhnya hamba-Mu ini bukan manusia yang paling kuat untuk menghadapi hidup yang Engkau sajikan untuk aku. aku tahu Engkau tidak akan menguji aku jika aku tidak mampu. Kamu yang paling tahu siapa aku. mungkin Kamu mahu aku cuba. tapi aku tak mahu. aku sudah cukup rapuh untuk segala macam ujian. aku mula hilang secebis demi secebis.

---

kau tikam aku. tapi kau biarkan saja aku menggelupur kesakitan. kau nampak, tapi kau biarkan. manusia jenis apa kau ini. atau kau mahu bagi pembalasan pada aku. bukan kamu pemegang hal itu. itu Tuhan punya kerja. jangan kau nak memandai.
daripada kau tikam dan biar kan aku, baik kau kelar saja leher aku. kenapa nak biarkan aku lagi sakit?

sengaja.

aku tak mampu. serius aku tak mampu. janganlah uji aku lagi.

daya aku sudah kau culik.
senyum aku sudah kau tarik.
apa lagi yang tinggal?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.