kadang-kadang kita tak pasti perkara apa yang boleh buat kita bahagia.pura2 atau benar2 bahagia. aku sendiri kadang2 blur. tak tahu mana satu yang aku rasa. hipokrit?--ya!
tapi malam tadi. seriusli aku rasa aku hidup. hidup dalam cara aku sendiri. baru aku sedar bahagian mana dalam hidup aku yang aku rasa, ya...banar2 aku bahagia.
sejak kali pertama lepak dengan diorang, aku dah rasa seronok. tak perlu terlalu sopan, tak perlu terlalu menjaga hati. kau mahu maki, kau punya hak. tiada terasa hati.
tapi mungkin bagi sesetengah orang, akan berfikiran naif. bukan nak kutuk. tapi ini kenyataan. org2 akan fikir, "weh, korang perempuan kot. lepak 2-3 pagi kat luar, nak jadi apa?"
serius aku paling takut kalau orang tuduh aku buat perkara bukan2. aku tahu selalunya lelaki akan fikir macam tu. tak usah nak nafi. selalunya Ari pun akan marah kalau aku melepak kat luar sampai 2-3 pagi. eleh, aku baru jaga futsal belakang rumah aku sampai 2 pagi, membebelnya mengalahkan apa je.--menyesal aku bagitahu.
lagi2 bila kami keluar ladies sahaja. terasa bebas tapi sesekali cuak juga. mungkin akan ada lelaki akan fikir, "eh, diorang ni mesti jenis yang senang nak dekat". tapi sori, ya. kami bukan macam tu. terpaling kurang, kami lepak makan steam-bot kat danau kota. lepak sesama kami. kau lelaki. nak kacau, haram. dapat jeling je la. bukan apa. serius kami cuak sebenarnya. jujur lelaki bukan boleh dilayan. kami cuma mahu buatkan mereka rasa 'unwelcome'. biarlah, asalkan kami selamat. phone juga akan sentiasa kami pastikan ada credit bila nak keluar.
banyak juga kami berikhtiar untuk selamat. jangan risau, ya... abang2 kami, kami pandai jaga diri. dan, malam tadi kami melepak lagi. on da way, nyanyi kuat lagu jiwang. ah, aku tak tahu tajuk apa. tapi tak silap si kembar aku sangat minat lagu ni. sebab time main hoki dulu dia pernah pasang. sangat bising kalau sudah melalak. aku rasa kereta aku ada aura melalak. sebab sesapa masuk dalam kereta je, dapat radio. terus bukak mulut. 'ok, karok!'
dan mahu tahu?
normal lah kalau sudah bawa kereta. kita tak sedar yang ada yang mahu bermain dengan kita. adegan cucuk-mencucuk terjadi. aku sedar dia nak mencucuk. time aku potong dia, serius aku tak ada niat nak mencucuk dia. serius. tapi dia yang terasa sendiri.
aku ni berdaulat.
jangan nak cuba bermain. jangan gentar hililintar, faham.
sudah nasib kau kecelakaan. tapi aku tahu, kau lelaki jenis tiada tanggung-jawab. aku nampak. kami nampak. kau blah macam tu saja. kereta yang kau sondol kau tinggal. dasar bajingan.
tapi aku menggeletar la jugak. aku nampak jelas kot. kereta yang cucuk aku tu langgar kereta depan dia!
habis makan steam-bot pon masih terasa getarnya. aku penakut. haha. memang!
bukan, sebab aku tak pernah tengok eksiden depan mata. tu sebab macam trauma 2 minit.
tapi, walau apapon. aku masih terasa bahagia. korang memang kelakar habis. dua thumbs up untuk korang.
plan akan datang nak pergi tengok bola, ya. haha. aku busy minggu depan. tapi tengoklah macammana nanti.
p/s: tak sempat nak balik rumah lagi sebab terlalu menyibukkan diri. cuma lepas rindu tengok gambar mama&ayah kegilaan aku saja. mama...nak balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.