Sabtu, 30 Januari 2010

benci bila aku tak positif.

banyak kali dalam hidup aku rasa tak guna. sederhana tak guna atau sangat tak guna. sama.

dan aku sendiri tak pasti apa makna aku hidup. apa fungsinya aku dalam hidup orang laen. atau lebih worst, hidup aku sendiri. rasa macam nak mati kalau kita tak mampu nak kawal hidup sendiri kan. aku jadi down gila bila mendengarkan manusia laen asyik dengan rentetan hidup masing2. tapi aku. tak habis dengan masalah yang aku rasa kadang aku cari sendiri. semacam susah benar nak cari bahagia dalam hidup seorang aku.

aku tak bersyukur.
mungkin.
tapi tak salah kalau kita mahu hidup kita lebih baik, kan.
walau sememangnya nampak sudah baik. even terlalu baik.

aku jenis manusia yang tak cerdik.
aku jenis manusia yang tak banyak kelebihan.

jadi, jika aku punya sesuatu. kenapa perlu diambil?
even ianya adalah sesuatu yang satu. hanya itu yang aku ada!
jadi kenapa perlu ambik?
kenapa keji sangat nak jadikan aku manusia yang tak punya apa?

cukup2 la buatkan aku jadi hilang arah.
aku sudah penat.

penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 pandang aku.
penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 tahu siapa aku.
penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 suka aku.

aku menangis dalam tawa aku.
aku berpura aku gembira.
sampaikan aku sudah tak kenal mana satu diri aku?

hilang dalam ramai.

mungkin itu pernyataan yang sangat sesuai buat aku.
atau aku kena sedarkan diri bahawa aku bukanlah manusia yang sangat dipentingkan.
dan aku bukan siapa- siapa.
bukan siapa-siapa.

banyak kali dalam hidup kita tak kenal siapa diri kita. sebab terlalu sibuk untuk menjadi hipokrit. untuk disukai ramai. untuk selalu diperhatikan. untuk selalu diberi pujian.
sampai lupa jujur itu adalah perlu.
sampai lupa jujur itu satu prinsip.

ha. gelakkan lah diri sendiri.
kau memang loser sampai mati.

aku sudah hampir ke tarikh luput aku.
sudah sangat hampir.

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.