Rabu, 6 Januari 2010

siapa punya semangat.

oh mungkin manusia lain anggap biasa. cuma aku yang mengada. weyh, aku punya blog kot. suka aku lah nak buat entri apa pun, kan.

okay, alkesah begini. malam tadi, setelah gumbira berpoya dengan naim. balik bilik saja aku dikejutkan dengan tutorial esok yang mana aku tak tahu langsung. dengan notes pun tak ada. memang tak punya semangat mahu belajar. oh mungkin puan elaine yang beriya mahu mengajar.

*geleng*

aku sambar notes chic. untungkan siti sekejab. fotostat. tak perasan banyak pulak pages die. kena tunggu lebih setengah jam kot. bila mana aku pulangkan notes balik, chic tengah tidur. aku kejut dia bangun sebab dia pun tak siap lagi.

dan bermulalah aku punya proses menyiapkan tutorial. semangat. tak tahu datang dari mana. mata tak mengantuk. naim pun teman aku kejab. sambil- sambil gosip dengan dia. sekejab.

hampir pukul 3 baru selesai. aku paksa mata untuk tidur.

hari ini pulak.

ini point yang aku mahu cerita sebenarnya. kelas dari jam 10 sampai 6 petang. boleh bayang?
atau aku cuma minta kasihan?
ah, persetankan semua tu. aku apa peduli.

aku cuma mahu cerita betapa bersemangatnya aku pada setiap kelas. tak mengantuk langsung. padahal malam tu tidur pukul 3. pelik. migrain pun tak menyapa.

oh mungkin ini sign yang Tuhan mahu bagi. aku perlu berubah. Tuhan sudah mahu tolong. aku yang perlu teruskan.
insyaALLAH. akan aku usahakan.

yang pasti sekarang semangatnya lain.

lain gila.

1 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.