Selasa, 23 Mac 2010

lelaki bernama.

kadang2 kita tak sedar betapa bertuahnya kita. tiap hari asyik mengeluh itu ini, tapi hakikatnya kita masih yang paling bertuah. maaf, aku tak sedar. kau lelaki yang sentiasa ada untuk aku. sentiasa ada bila aku jatuh. sentiasa ada bila aku rapuh. even jauh beribu batu, tapi aku rasa macam kau sentiasa ada dengan aku. bukan dalam bilik.(nak mampos?)

hah. mengamuk rumit aku nanti.

nama dia arian muhazmin. sekarang belajar di jerman. tak tahu bila nak habis. mungkin dia terus kerja di sana, itupun kalau dia tak kesah jauh lama2 dengan aku lah. haha. normally dia tak tahan. okay, stop itu. aku cuma mahu cakap, dia kawan baik aku. kawan lelaki terbaik aku. okay, di sini kita berbicara soal kawan lelaki, bukan perempuan. jangan risau kwn2 perempuan terbaik aku. aku tak lupakan korg.

segala tentang aku dia tahu. kami lebih seperti adik-bradik. biasanya dia marah kalau aku cakap kami sibling. sebab dulu dia pernah approach aku, jadi dia malu. ah, itu semua cerita lama. tapi aku setuju kalau kata, perempuan dan lelaki memang susah kalau berkawan. selalunya akan terjatuh di alam chinta. ya, aku dan dia pernah. tapi cuma seminggu. tak berkat. aku lebih rela berkawan. annoying kot bila berchinta dengan kawan baik sendiri. tak suka. sampai sekarang aku elak. aku sebenarnya jenis yang tak suka berchinta dengan kawan. jadi, sesiapa yang mahu berchinta dengan aku, jangan jadi kawan aku. haha, poyos.

aku pernah kena maki dengan ex-girl dia sebab kami terlalu rapat. semua benda kami mahu bercherita. si dia ni pon bodoh. nak mengadu pasal girl dia kat aku. selain dapat penampar, dapat juga free gift penyepak. kena se-das. aku tak tahu apa masalah dia, berchinta tak pernah lama. dia ingat pompuan ni baju kot. suka hati je main tukar2.
even dia dah duduk jerman pon stil nak cherita semua benda kat aku. tiap hari e-mail panjang lebar. kadang aku tak baca pon.(haha, sorry bro. busy kot).

dan aku pernah hempas laptop dell dia sebab masa tu aku tengah emo, dia buat lawak 30 sen. memang mendapat la. habis semua assignment dia. padahnya, aku kena teman dia buat assignment sampai siap. inipun masa dia balik cuti time 1st year dulu. siot, dah lah lappy baru. haha. kan aku dah cakap, jangan main dengan aku.

dia juga sangat hantu rokok. ktanya dah sebati. silap2 kalau dia tak merokok, boleh dapat kanser paru2. so, baik teruskan. sebab katanya lagi, paru2nya dah sebati dengan rokok. budus betul. aku pon iyakan. tapi aku masih doa kalau2 dia mahu berhenti. aku tak mahu hilang kawan yang sudah sengat sebati dengan aku. serius, taknak.

dan dia paling tahu cara apa mahu tenangkan aku. aku bukan gadis yang menginginkan bunga, coklat atau tiket wayang free. aku juga tak bisa cair dengan kata2 manis pujangga. dia tahu rahsia aku. jadi biar dia yang selalu jadi penenang aku. aku yakin dia juga takkan bagitahu sesiapa. sebab katanya, tak mahu aku lupakan dia. bila aku tak tenang, emo, aku akan ingat dia. sebab cuma dia yang tahu ubatnya.

ahha. sakai.

dan dia sekali lagi berjaya pujuk aku semalam. aku sendiri konfius macammana aku boleh emo sampai mahu bunuh diri bagai. sengal kan. dia punya bebel, mengalahkan mama aku kot. entah berapa banyak bil dia, aku tak tahu. asalkan nanti dia tak claim dengan aku sudah.

itu sebab.
emosi aku sudah okay hari ini. tapi assignment masih melambak macam cibai. semua pun nak due hujung bulan ini. tamak. tapi tak apa. akan aku usahakan.

sebenarnya nak tahu kenapa aku emo?
1. assignment melambak. kena buat banyak kali sebab salah.
2. elaun tak masuk lagi. serius aku dah miskin. nak balik rumah pon tak ada duit. nasib minyak keta masih penuh.
3. encik apa nama curang.
4. internet mcm babi.
5. nak pergi konvo teha.tapi mcm busy gila.
6. laptop lembab mcm siput.
7. pening urus keperluan tauliah.gampang!--apsal aku yang kena fikir semua benda.
8. ada budak budget bagus. aku terasa nak penampor dia.
9. apa salah aku dengan cik sampai dia kutuk aku bagai nak rak.
10. aku period.

buduh.

semua benda ni aku cakap pada dia. tapi nak tahu katanya apa?

"ini hidup kot. lagi2 hidup kau. memang banyak masalah. rilek sudah!"

benawe betul. dia memang pandai. time aku citer, dia cuma diam. dengar. khusyuk. dan last2, dia tempelak aku. cakap aku lemah lah, bodoh lah, sengal lah, terlampau baik lah,...blablabla. banyak lagi dia bebel. malas aku nak tulis.

ah, sudah. aku dah kasi bocor rahsia.
alah, sebenarnya senang aja nak pujuk aku.
aku cuma suka dan selesa kalau aku ada masalah, aku nak citer, korang kena dengar. jangan kata apa2 selagi aku belum kata habis. ha, kan senang.
buat habis duit aja nak beli bunga lah, coklat lah, tiket wayang lah.
kalau betul mahu bagi. bagi aku seluar jeans skinny kelabu jenama romp. okeh. haha.

dah. aku nak settle assignment.
mak aih, dahlah tengah senggugut.

tahan2.

4 ulasan:

  1. ape maksd ko ngan kenapa aku emo no 3??
    marah kat aku ke?

    BalasPadam
  2. la kau ke yg curang dgn dia.

    haha,tak ada lah. bukan kau, orang laen.
    dun worri.

    BalasPadam
  3. aku cuba baca and analisa ko nye keemoan...

    1. assignment melambak. kena buat banyak kali sebab salah.
    ( biasa la tu..tapi ko memang suka dok atas meja atas katil terbongkok2 wat keje..sampai aku tgk pom nek tensi.ko ape tah ag kan)


    2. elaun tak masuk lagi. serius aku dah miskin. nak balik rumah pon tak ada duit. nasib minyak keta masih penuh.
    (yg ni pom aq xpaham nape...susah tol nak key in masuk cepat2..salahkan pentadbiran yang teruk)

    3. encik apa nama curang.
    (ngan sape nie sayang..xpe la...encik ape name tu rugi xdpt ko..hehe..tenang kan ati ngan fikir ko akan dapat yg ag bek dr dia lah..)

    4. internet mcm babi.
    (no komen~~)

    5. nak pergi konvo teha.tapi mcm busy gila.
    (hehe...xpe la..ko g alam mimpi yeaa...)

    6. laptop lembab mcm siput.
    (aik...bersyukur pe..at least ada gak laptop..aq nie, laptop da bil..)

    7. pening urus keperluan tauliah.gampang!--apsal aku yang kena fikir semua benda.
    (ni pasal ko rajin sgt...blaja la negular ckit..t penat diri ko...sori madam xde nak tolong ko..)

    8. ada budak budget bagus. aku terasa nak penampor dia.
    (sape ni sist...ko tampar jelah..aku bg keizian.hehe..br puas ati..tapi aq tau ko xkn wat g2...coz ko nk jg ati org...)

    9. apa salah aku dengan cik sampai dia kutuk aku bagai nak rak.
    (ni kes berat..anak kesayangan kene kutuk nie...pesal la cik ni..xtau nk hargai langsung..)

    10. aku period
    (hehe..sebenarnya..ini sebab kenapa sebab2 dia atas tu ada..heheh)...


    kin...
    semua yang berlaku..
    ada hikmah..
    okay....
    chaiyok3x...

    BalasPadam
  4. haha. aku nak nangis baca komen kau, weh. apasal aku emo tahap ke-8 ni?

    terimakaseh la ye tlg analisa emo aku.

    siot je.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.