Ahad, 29 November 2009

romantika aku.

aku teringat.

petang itu aku, lijah dan jemek bermain di depan rumah yang mana time itu masih under construction. teruja melihat mesin besar ala transformer di situ. kami dekati. tak perasan rupanya ada manusia lain. uya dengan dia. dia tersenyum. kiut. gila kiut.

dia curi- curi pandang.
dia senyum.
nampak lesung pipit.
dia berdiri.
cuba memanjat ke atas mesin.
aku tersenyum.
dia tak berapa sampai.
perlukan bantuan uya.

aku terasa diri melayang- layang bila dia pandang aku. terasa cuma kami berdua di mesin itu. tapi aku cuma 10 tahun dan dia 12 tahun. apa yang sebenarnya aku rasa?

cerita itu habis disitu bilamana sekolah mula dibuka semula setelah merayakan aidilfitri. lupa nak bagitahu, time dating beramai di mesin, time tu puasa. dan kami terpaksa berpisah balik sebab adik aku berak kat tepi mesin tu. suwey. kacau.

lucu bila terkenang time pertama kali kelas di sekolah agama petang itu. aku darjah empat dan dia darjah enam. kelas kami berhadapan. dari tempat duduk aku, menerusi tingkap dapat lihat dia yang sedang belajar di kelasnya.

kami tergelak. huda mula sibuk. katanya dia kenal budak laki itu. kacau. macammana dia boleh kenal awal dari aku ni?

aku : siapa?
dia : tak kenal ke?
aku : siapa?
dia : jari la...anak tauke roti canai kat warung tepi sekolah tu..

aku cuba ingat. jari? warung tepi jalan?

aku : jari tu nama dia ke? kenapa tak popular sangat?
dia : bodoh ke apa?

aku tergelak. aku memang bengap sikit masa darjah 4 dulu.
dulu lah.

dia : dia suka kat kau lah.

mahu terjatuh dari kerusi rasanya, iyalah kalau dulu time kelas mesti duduk atas kerusi dan suka menjongkitnya. cool la kononnya.

petang itu, huda tahan aku dari balik. dia menghulurkan sesuatu.

surat.

pertama kali dalam seumur hidup aku, aku terima surat. dari encik jari. mahu kenal katanya. manis. dan dia sertakan biodata dirinya. kalau dulu, biodata sangat popular di kalangan pelajar sekolah. walaupun ruang makanan kegemaran dan minuman kegemaran ditulis rahsia. dan kebanyakan nya rahsia. haha. kelakar. aku tak faham. kalau sudah rahsia, apa guna mahu tulis?

tapi hari itu aku terima surat encik jari yang berserta biodata dirinya lengkap.

pertama kali dalam seumur hidup aku, aku suka seorang lelaki. dan aku percaya dia. sejak itu kami berbalas surat. mengintai dari tingkap. dia intai aku, aku intai dia. pernah aku kena tegur sebab dok asyik memandang ke luar. berangan. dia juga sering menukar tempat dengan teman kelasnya yang duduk di belakang sekali. sengaja mahu mengukir senyum pada aku. encik jari, pertama kali aku jatuh cinta.

pertama kali dalam seumur hidup aku, aku dating dengan lelaki. time itu majlis amal islami yang mana ada pertandingan macam- macam dan ketika semua beransur pulang. huda suruh aku tunggu di kelas. dan what a suprise. encik jari datang dengan temannya leman. leman suka kacau huda. huda pon mulut macam longkang. sesuai lah berdua tu. aku senyum pada jari. jari senyum pada aku.

indahnya, malu- malu.

aku rindu masa itu. kalau bisa aku putarkan masa, aku mahu masa itu kembali. aku mahu. dan sekarang aku tengah dengar lagu 'Shakin' in love by the corumn 80s'. jiwa-ng.

aku suka dia. aku sayang dia. aku cinta dia.
dan aku hanya berumur 10 tahun.

sampai sekarang aku masih tak pasti apa rasanya perasaan masa itu. tapi apa yang aku pasti, dia memberi impak yang besar dalam hidup aku. sangat. masa itu, aku rasa sangat perlukan dia.

aku bahagia dalam beberapa minggu. sehingga musim persekolahan habis. aku bahagia. dan apabila aku naik darjah lima dan dia di tingkatan satu. tiada lagi sekolah agama yang sama sebab dia kini di sekolah menengah. kami jauh. walau satu kampung tapi aku terasa sangat jauh.

warung. tiap kali balik datang sekolah rendah, aku tak akan lupa memandang ke arah warung di tepi sekolah itu. selalu time kelas juga sehingga aku darjah enam. kelas di tingkat tiga, straight nampak dia tengah tolong ayahnya buat roti canai. roti canai dia sedap. serius. satu kampung tahu roti canai ayah dia sedap. atau mungkin bertambah sedap sebab dia yang tebar. haha. entah, aku tak tahu. segalanya pasal dia, indah belaka.

komunikasi kami habis sebaik dia masuk ke tingkatan satu. aku pemalu. jadi aku jarang tegur dia. tunggu dia senyum, baru aku balas. dan dia selalu usik hati aku dengan senyuman dia. aku jadi konfius dengan apa yang dia rasa.

melalui huda, aku tahu dia tak mahu lagi perhubungan yang lalu. aku akur. aku kena teruskan hidup. tapi selagi aku nampak wajah dia gembira, aku juga gembira.

tapi yang peritnya, kami akan berjumpa setiap kali raya pertama. di rumah pak ngah aku yang mana pakcik dia juga. ya! kami sedara. aku mahu gelak. mana mungkin sedara boleh bersatu?

tambah pulak, dia suka senyum pada aku.

kalau sudah tak suka, kenapa mahu pamerkan senyumnya pada aku? membunuh betul. aku tak mampu. setiap kali raya pertama aku jadi takut. berdebar. memang tak boleh elak. pasti akan jumpa. dia anak yang baik. juga dengar kata. kabarnya anak lelaki kesayangan mak. even dia punya ramai abang, mak dia tetap pilih dia yang jadi kesayangan. dia baik, aku tahu. tu sebab aku suka.

tapi angah aku beritahu sesuatu. yang mana aku sedar. dia dengan aku takkan bersama. siapa keluarga kita dan siapa keluarga kita. bukan darjat yang mahu dibezakan. tapi keluarga dia dan kita sangat kenal. susah kalau aku dan dia bersama. agak konfius. tapi aku faham. kalau aku dengan dia ada masalah nanti, porak- peranda segala. ganggu dua keluarga. aku tak mahu. aku akur.

tapi macammana?

setiap kali majlis, setiap kali raya...aku dengan dia mesti jumpa.

mesti.

tapi aku yakin dia juga mahu segalanya baik. cuma kami memang tak patut bersama. pernah juga dia menebar roti canai nya di majlis hari raya yang dibuat kat rumah aku. dan dia minta periuk dari aku. aku lihat dia senyum. masih macam dulu. serupa. tiada beza. nilai ikhlasnya masih terasa sama. tapi aku perlu wake up. aku dan dia, takkan.

aku cuma mampu kuatkan hati. dia cinta pertama aku. kalau sudah tiada jodoh maka dilupakanlah. tak guna berharap pada yang sudah tak mahu. aku sendiri tak pasti perasaan dia. sejak dia pindah ke tingkatan satu, everything macam berubah. bukan seperti masa kami mula- mula kenal dulu. aku boleh sure time tu. perasaan kami sangat kuat.

tapi apalah gunanya. semuanya sudah 10 tahun berlalu. aku nampak dia keluar dengan gadis laen. jadi dia mungkin sudah lupakan semuanya. hidup perlu diteruskan. perlu.

aku akan cuba kuatkan hati untuk menghadapi hari yang semakin mencabar.
cuma hati belum bersedia mahu menerima sesiapa selain dia. sekarang terdengar lagu 'izinku pergi by kaer azami'.

beberapa malam aku menangis juga tak guna. dia tak tahu. dan aku tak punya kekuatan untuk memberitahu segalanya. cuma mengharapkan yang terbaek. kalau dulu, aku sayang dia dan dia sayang aku, cukuplah.

aku bahagia.
ianya sudah cukup indah.

dan aku perlu lupakan dia bilamana surat- surat dia aku bakar dulu. tapi kenangan tak mampu nak dibakar. kalau bisa aku delete dari kotak ingatan aku. aku mahu. sebab sakit sangat.

walau aku senyum bukan bererti
aku selalu bahagia dalam hari
ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini hampa


ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cubaan hidup
seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangMu
biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
aku juga berhak bahagia
berikan aku restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta

-------

aku tak percaya lagi
dgn apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati

aku tak percaya
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat

kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan

aku pulang tanpa dendam
ku terima kekalahanku
aku pulang tanpa dendam
ku salutkan kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita

kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita

------

aku cinta. tapi aku serik.

even disakiti cuma sekali. aku tahu aku tak cukup kuat mahu bermula semula. kalaupun dia sudah move on lama dulu. aku yang masih terkontang- kanting di sini. dalam dunia aku sendiri.

dan, ya!

aku hipokrit.

kala bertembung dengan dia yang sudah bahagia berjalan dengan kekasih yang baru. aku senyum. hipokrit, bukan?

masih tak mahu mengaku.

rebahkan tanggungmu
lepaskan perlahan
kau akan mengerti
semua...

aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat tak ada cinta ku dapat...

-----

cuma perlu percaya. seseorang pernah beri aku lagu 'yakinlah aku menjemputmu'. yang mana nyatakan tak perlu mahu mencari. cuma perlu menunggu. dia yang akan cari kamu. cinta yang akan datang pada kamu.

even if tak ada cinta untuk aku. tak perlu gusar. aku bahagia. cuma perlu dididik sedikit minda ini supaya tidak terlalu set mind bahawa hanya cinta yang bisa buat bahagia.

Sabtu, 28 November 2009

dah tak suka, pulangkan balik.

emosi semakin hari semakin tak stabil.
baru tadi drama kat tv3 sedikit sebanyak memberi impak dalam diri aku.

taubat nasuha.

aku paling tak suka jenis lelaki baran macam watak fauzi nawawi. aku juga gadis baran, tapi jarang aku tunjuk pada sekeliling. ya, sounds macam hipokrit. tapi for the sake jaga perasaan manusia laen, aku rela jadi manusia hipokrit. tapi aku memang pandai simpan marah lah. orang cuma akan perasan aku marah kalau aku diam laen macam. muka pun masam mencuka. dan sekurangnya, tidaklah aku menjerit-pekik kepada orang yang sangat menunjukkan aku marah. pada adik2 di rumah, mungkinlah.

watak anak2 sheila rusli ngan fauzi nawawi sangat kiut2. tapi nakal nak mam. normallah, budak2, kan. baru aku tahu apa yang kadang2 budak-budak ni fikir. bukan mereka tak mahu mendengar apa yang kita marah, cuma mereka tak puas mahu sakitkan hati kita. mahu try la kononnya. nasiblah kalau dapat ayah macam watak fauzi nawawi tuh. gila kejam. ngeri pun ada. main kepala segala. seumur hidup, ayah aku tak pernah pukul aku macam tu. bukan manjakan. tapi cara didikan ayah aku laen. lebih kepada kependidikan. dia tunjuk, kita ikut.

scene paling sedih dan paling menyayat.
time isteri dengan anak2 dia kena bunuh. serius, aku jerit time pisau tu rodok perut anak dia nama aiman. sebab time tu aiman panggil, "ma...mama..."
terasa sakit gila. lepas tu tengok muka aimin pulak. menangis tak sudah tengok adik dia kena tikam. then aimin pulak kena tikam kat belakang. adik dia yang last then baru mak die a.k.a sheila rusli. sedih. serius.

kejamnya manusia. atas desakan hidup tega mencabut nyawa manusia yang serius tak bersalah. aku maki habis dua lelaki setan itu. tiada apa mampu puaskan hati aku. even lelaki itu mati. juga rasa marah aku takkan habis.

dan yang membuatkan aku terkesima. bilamana fauzi sudah insaf menangis-nangis depan ayah mertuanya si jalaludin.
nasihat ayah mertua begitu makan dalam.
katanya semua yang ada dipinjamkan kepada kita.
Tuhan pinjamkan kepada kita.
bila-bila masa boleh diambil semula.
dan katanya, "kita dah tak suka, pulangkan balik"

aku suka ayat ini.
dah tak suka, pulangkan balik.

anyway cherita ni sangat mengajar erti menghargai. cuba bayangkan bila kita balik nanti, rumah penuh darah. semua sudah mati.

*geleng perlahan*

sudah tiada apa untuk kita.
tiada.

jadi menghargai itu subjektif.

tak mengapa jika kita disakiti atau apa. yang penting kita punya cara menghargai tiap individu manusia di sisi kita. even if manusia itu cuma muncul sekali dalam hidup kita.
dan memaafi lah sesama kita. sebab kita tak tahu esok atau lusa kita masih ada atau tidak.

jadi bersedia lah.

dah tak suka, pulangkan balik.

Jumaat, 27 November 2009

khidmat kamu sudah tidak diharapkan.

baru aku perasan aku ni manusia sensitif yang amat.
sikit punya hal pun mahu menggelabah merajuk. terasa hati. padahal aku cukup anti budak- budak merajuk ni. macam nak kena belasah.
tapi masalahnya kat sini, aku yang sensitif. aku yang terasa hati. then?
mahu belasah diri sendiri?

gila.

kadang kita rasa diri kita cukup bagus.
kadang kita rasa diri kita cukup berguna.
kadang kita rasa diri kita sangat2 diperlukan.
sebenarnya tidak.

kita rasa semua tu cuma sebab sudah tiada orang laen yang boleh diharap. lalu diri kita yang dijadikan harapan. dan bila sudah punya seseorang yang boleh diharap, kita a.k.a aku ni dicampak tepi. terperosok. tiada siapa yang perasan. sedih. sakit.

dan baru aku sedar, jeles aku tahap ke-8. agak tinggi dan ini merisaukan aku.
aku tak mahu jadi gadis kuat jeles.

jeles itu noktah.
kalau sudah jeles, apa2 saja boleh jadi. dan biasanya negatif. aku benci.
tolong aku.
aku tak mahu.

aku tahulah aku ni gadis yang tidak serupa gadis. sebab apa?
aku tak pandai masak. masuk dapur memang bukan kegemaran aku.
aku tak suka bangun pagi. sebab aku selalu tidur lewat.

apa lagi?

ya!
aku tahu gadis itu sempurna bila dia tahu masak, kan?
habis kalau tak pandai masak, bukan gadis?
please la.
bukan mahu sombong. bukan mahu bermalas2an.
cuma kalau aku tak pandai masak, aku bisa dikecam kah?
mana adil. aku juga manusia.

aku mahu belajar masak.
tapi nanti dulu.
tiba masanya, aku akan pandai juga.
walau tidak sehebat mama.

kalau dulu ada sesuatu yang aku bisa banggakan.
aku satu2nya pemandu di rumah. aku tak kesah. aku senang menjadi pemandu kedua setelah ayah. along di labuan, jadi tidak kira. di rumah hanya ayah dan aku yang pandai bawak kereta. jadi aku ada bonus di situ. sesiapa mahu ke mana, pasti memujuk aku. dan aku dengan senang hati suka membawa seisi rumah ke mana saja. mengikut permintaan mereka. aku anak dan kakak yang baik.

dan di situ, aku rasa diperlukan.
aku rasa dihargai.
jadi, tidak pandai masak juga tidak apa.
teman mama ke pasar sudah boleh legakan hati.

tapi setelah cila dengan angah dapat lesen, khidmat aku semakin dikurangkan.

aku tak pandai masak, sayur tak kenal..jadi kalau pergi kedai juga susah. mama lebih suka suruh cila.
aku selalu bangun lambat. urusan juga jadi lambat. mama lebih suka suruh angah.

jadi aku untuk apa?

sudahlah tak pandai masak.
bangun juga selalu lambat.

nak harap jadi pemandu di rumah.
tak usahlah berharap lagi.

cila dengan angah sudah ada.
jadi aku tak diperlukan lagi.

aku terasa. aku jeles.

pity me.

-
-
-
-
-
-
-
padan muka!

Khamis, 26 November 2009

aku kapten dalam hidup aku.

rasa cuak bilamana mula dengar bagai2 kesah budak sekolah lama aku. terjebak dengan macam- macam. bukanlah mahu kata aku ni budak suci dulu, tidak. cuma nasib aku baek sebab tak terjebak. aku tahu apa yang aku mahu. aku juga masih mampu berfikir dengan baek tika aku punya masalah. aku bukan jenis melenting. aku marah, aku simpan. jerit-jerit macam mak minah gila, bukan aku. aku normal.

kadang juga tidak berperasaan. lebih selesa. setengah manusia tak tahu bilamana aku marah dan bilamana aku suka. mahu tegur aku juga berfikir lima-enam kali. pernah sekali, seseorang menegur. cuak katanya mahu berbicara dengan aku. aku cuma senyum. cuba kenali seorang aku. aku selesa begini. ini aku. bagi aku, bilamana sudah ada yang berkata cuak mahu menegur aku, sudah jadikan penghalang untuk aku terlibat dengan gejala- gejala yang tak suci, kan.

tahu atau tidak, gejala jahat kadang hanya dekat pada manusia yang tampak ramah, lemah, sopan dan skema. nasib aku tidak menampakkan ciri- ciri itu. aku lebih sombong, kuat, serabai dan gangster.

tapi kena berjaga juga, kadang gejala tak kenal jenis manusia. pakai maen redah. lagi- lagi manusia tak punya arah macam aku. takut jugak.

tiada siapa tahu sesuatu yg amat aku takut dalam hidup ini. dan hari ini biar aku reveal kan sendiri. sebenarnya aku fikir banyak kali juga. iyalah, kawan-kawan makin ramai yang jadi silent reader. aku malu jugak. tapi bila fikir balik, apa guna aku pamer blog kalau tak mahu kawan tahu apa yang aku rasa, siapa aku yang sebenarnya, ye tak?

aku takut gila kapel.

aku pernah ada chinta. dan sangat sayang chinta aku. sampai sekarang.
bila aku clash dengan dia dulu, aku nekad.

tiada chinta.
tiada sayang.

ucap juga tiada.
perkataan yg sewaktu dengannya juga aku elakkan sebut.
even dengan kawan- kawan pun aku tak biasa sebut sayang ke apa.
sebab aku rasa jiwa-ng gila kalau sebut benda2 macam ni.

mungkin ini impact daripada clash dulu. dan ianya sudahpun bertahun- tahun. barangkali dia juga sudah lupa aku. aku harap dia lupa.

dan mungkin aku juga sudah biasakan diri dengan mengelakkan perkataan- perkataan sedemikian. kata teman, aku sudah tutup pintu hati.

aku tak pasti. sebab aku rasa aku macam gadis laen. teruja dengan lelaki yang kachak-gila.
tapi, entah.

kadang aku fikir, kenapa aku masih sendiri.
sebab aku tak lawa mungkin, jadi tiada lelaki mahu aku. pathetic gila. tapi aku tak rasa lelaki sekarang tak bijak pilih cinta. bukan paras rupa yang mereka pandang. sebab apa? ada kenalan aku yang sudah kapel, juga sudah kahwin. boyfren atau lelaki mereka ganteng gila...tapi kenalan aku cuma biasa- biasa. jadi, aku simpulkan...bukan semua lelaki pandang pada rupa. aku puji.

sebab lelaki sekarang kurang berduit. mungkin.
tapi untuk apa?
aku sendiri mampu. duit bukan masalah aku. kalau duit jadi masalah kau, aku peduli apa. bagi aku, tak ada duit masih boleh hidup. tapi susah sikit lah.

aku kurang percaya chinta sejak clash dulu. aku serik. walaupun itu adalah pertama kali aku berchinta. dan pertama kali aku clash.

entahlah. aku tak ada masalah dengan lelaki. aku okay. aku boleh kamceng dengan diorang. tak jadi masalah. cuma bezanya, jangan sembang dengan aku soal chinta. aku tak suka.

ya, mungkin hati aku tertutup.

tiada siapa mahu ketuk.
atau mungkin, ianya sudah termangga.
dan kuncinya sudah diambil dia.
atau mungkin, ianya sudah dibuang jauh.
dan tiada siapa yang boleh jumpa.

even aku sendiri.

tak apalah. aku akur. ini hidup aku. aku kapten. aku yang berhak tentukan.
akan aku bukakan pintu hati ini bila tiba masanya. dan akan tiba masanya.

aku akan buka.
atau mungkin orang laen.
atau mungkin terbuka sendiri.
Tuhan saja yang tahu.

atau mungkin encik apa nama sudah jumpa kuncinya.
cuma dia buangkan kembali.

sebab aku tak izin dia buka.
aku tipu padanya dengan katakan, "itu bukan kuncinya!"

baek.
tinggalkan semua soal dia, encik apa nama, lelaki-lelaki laen.
ini hidup. dan hidup bukan boleh bermaya dengan hanya ada mereka. masih ada banyak benda yang mampu buatkan aku tersenyum, gelak-sampai-guling, dan buatkan aku mahu hidup lagi.

aku rasa lebih baek begini kot. hidup single bukanlah night mare gila. seronok apa. bebas itu satu. lagi manusia yang semacam aku. hidup hanya untuk aku. punya famili yang bahagia, kawan- kawan yang sentiasa ada, kawan- kawan yang hipokrit, ianya adalah suatu bonus. aku sukakan hidup aku. ujian dan masalah itu adalah mesti. mahu tiada masalah? baek mati!

dan aku juga boleh kurangkan dosa. sosial kapel ni sangat banyak dan susah gila mahu elak. lihat saja kawan- kawan aku. tak usah dijadikah contoh. kamu yang membaca. tengok cermin, tanya orang dalam cermin itu. keluar berdua, pegang tangan, duduk rapat- rapat, naik moto berdua..romantika la katanya.

aku boleh kutuk manusia berchinta habis- habisan. sebab aku tak berchinta. dan jauh sekali mahu libatkan diri dalam sosial kapel ini. sebab dulu masa aku kapel dengan dia pun, aku dating di dalam kelas. waktu habis penyampaian hadiah. itupun punya teman yang setia temani buat dosa. dan waktu itu budak- budak. apalah sangat.

tapi tidak bolehlah melampau jujur. mahu mati?

kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan. semuanya kerja Tuhan, bukan? jika esok lusa aku berjumpa dengan manusia yang bisa membuka pintu hati aku, aku akan libatkan diri dalam sosial kapel kah?

ala, pegang tangan. apalah sangat.

weyh, serius li aku tak pernah pegang tangan lelaki kecuali ayah, pakcik, along ngan adik aku. tak pernah, bunyi agak skema. tapi aku jaga. walaupun nampak aku macam simple, open segala. tapi inilah aku.

jadi, bukan kah aku sudah cakap. aku kapten dalam hidup aku!!

jika aku tak mahu melibatkan diri dalam sosial kapel bila aku kapel nanti.
jadi, tak mahulah!

nak paksa, pergi cari laen.
aku tak rugi. Tuhan sokong aku. aku tahu.

jadi aku hanya mengharapkan jumpa si dia yang boleh dijadikan peneman aku sampai mati. halalkan kita, maka aku takkan lepas tangan kau. peganglah dan bawa aku ke mana saja. tapi, aku masih kapten. dan mungkin kau boleh jadi leftenan aku.

seseorang pernah katakan pada aku.
"berchinta seperti tiada esok."

di mana dia maksudkan, hargai orang di sisi kita selagi kita punya masa dan mampu. hargai di sini bukanlah bermakna kita perlu serah segala. berchinta seperti tiada esok juga tidak bermakna kita perlu serah segala.
aku benci gila bila baca kisah- kisah gadis terlanjur. fak gila budak-budak laki yg mulut manis sehingga gadis-gadis ini sudah tidak gadis. lelaki apa sanggup buat begini. sayang? pergi mati! si gadis juga bodoh. termakan dek rayuan yang entah apa.

halal dulu baru buat tak boleh ke?

bukan tak sabar. kurangnya iman barangkali. aku bukan manusia terbaek mahu berbicara soal iman segala. nanti akan aku panjangkan ke abang-abang aku. akan aku soalkan pada mereka.

beginilah gadis,
hidup kamu. hak kamu. kamu tentukan.
jika kamu punya kekasih, cinta dia.
jika dia mahu melanjurkan kamu, belasah dia.
janji lelaki. tak usah percaya.
walau janjinya sehidup semati.
walau janjinya mahu menghalalkan kamu.
walau janjinya sudah pakai kondom.

lelaki paling aku benci.
lelaki jenis ini.
yang cintanya hanya untuk disetankan.

jadi aku sebagai kapten.
aku keluarkan arahan, "jauhi lelaki jenis ini"

hidup aku, biar aku tentukan.

Selasa, 24 November 2009

mendidik hati supaya bersabar.

lebih bagus rasanya melepak di shah alam dari klang yang sudah menjadi separa jogjak. bukan mahu mendiskriminasi tapi kalau sudah tidak selesa, mahu bicara apa, kan? aku manusia open, dengan sesiapa aku boleh bergaul tapi suasana sesak bukan budaya aku. cukup benci sesak. termasuk kesesakan lalulintas. tapi aku rasa shah alam juga hampir menjadi jogjak. harap tidak. aku mohon la weyh.

hari ini saja sudah separa hari aku habiskan di shah alam. lebih spesifik, perbadanan kemajuan negeri selangor [pkns]. aku tak tahu la pulak yang buat pasport di pkns lama gila. aku budget sekejab sebab aku penah buat dekat damansara dulu. tak la sampai mahu bentang katil dan tidur. pagi tu sempat aku merewang ke sana ke mari, tengah hari baru sampai pkns. ambik kau. nombor sekarang 4135 dan nombor kau, 4291. seratus lebih beza.

nak muntah pun ada. dah la lapar. tapi nasib lah pegawai imigresen sgt mesra alam. aku suka. aku salute. jadi kurang tensi. sampai masa aku makan chicken chop di restoren oren. sori, aku tak sempat nampak nama restoren tu. dan tak sure juga itu restoren atau mamak. yg pasti perut dah lapar dan mahu makan.

pukul 4 baru sampai giliran aku. yang aku terkesima, pegawai tu tanya aku...

"amik nombor pukul berapa?"

aku pun fikir kejab. maklumlah memori aku jangka pendek. so lambat sikit.

"12...lama gila bang!"

dia senyum.

"Tak apa, lepas ni tunggu kejab...bayar duit then boleh ambik pasport!"

bunyi macam senang je abang pegawai tu cakap.
padahal, nak menunggu dia panggil untuk bayar duit saja mahu setengah jam...after tuh, baru aku perasan. tunggu lagi 2 jam baru boleh tunjuk resit kat tempat collect pasport. mama. pasal apa tak bagitahu aku awal2...

buang masa yang amat.
aku terus berambus. ambil sahaja esok. kusut memikirkan esok mahu ke sini lagi.

masa nak balik lagi hal.
tak ada duit kecik pulak nak bayar parking. rm7.
bunyi mcm kaya la.
tapi sangat mangkuk.
sebenarnya.

jem di shah alam tak usah cerita lah.
oleh sebab perlu singgah di seksyen 19 dulu, sampai rumah pun lambat.
ayah juga sudah mesej.

"anak-anak dara, lambat lagi ke nak balik?"

haha.
ayah aku.

Isnin, 23 November 2009

wishlist--adaptasi drpd ejan macaskie.

kalian tentu punya sesuatu yang diangankan. semacam entri cik ejan, aku juga terpanggil mahu buat wishlist. tapi bukanlah membina angan mahu tunaikan segala. cuma mahu menyenangkan hati. mahu beritahu aku juga punya wishlist. haha. pathetic gila. tapi tak apalah, kalau punya wishlist mahu juga aku tetapkan hati membina hidup dan keluar dari rentetan hidup sekarang. erm, mungkin kena sedar hidup sekarang tunggang-terbalik.


mahu jual nike hijau-hitam aku. dgn price yg tak boleh nego. haha. kejam. sudah dijual kpd mama. sengal, kan. sebab hajat hati mahu jadikan hak milik kasut di bwh. kalao jual kpd mama, bila2 masa boleh pakai lagi, kan. sounds bijak. tapi bodo sebab kat mama sendiri pun nak jual.

nike cr360 libretto ic ni lah yang menjadi idaman. design tak berapa nak lawa tapi sebab dia kaler merah-hitam hati aku jadi berkenan. haritu nampak kat al-ikhsan, panas aja. nak beli fulus belum ada. sabar, ya. simpan dulu.

kalao skinni merah ni takat rm40-50 je. mampu. cuma fikir mahu pakai bila. serius aku minat gila cuma kasihankan hati yang kena tahan akan pandangan/katacerca manusia laen nanti. tapi yang pasti aku akan beli jugak. jangan sampai aku jumpa kat kedai mana-mana time aku berfulus. kalao tidak, jadi hakmilik la jawabnya.

mazda RX8.
memang bertahun la simpan kat kedai kereta. mahu aku beli? tunggu aku grad, dua tahun lagi. after tu aku nak pergi oversea, nak kerja kat sana dgn ummi...mahu makan berapa tahun. nak guna kereta ni dekat oversea? tak dapat la kot. tak apa, nanti2 akan difikirkan.

aku juga punya impian mahu membuka sebuah kedai buku eksekutif yang mana akan aku designkan based on impian aku tersendiri. pernah juga aku utarakan impian aku ini. time sekolah dulu. aku masih ingat. cikgu itu tanya apa impian aku. bila aku cerita, dia cuma gelakkan. tak membantu langsung. katanya kedai buku sudah melambak. aku paling tak suka kritikan tak membina. dan aku cuma balas padanya.
"tak apalah, sebab cikgu tak suka. saya buang impian ini"
aku terus duduk dan diam. tak mahu berbicara. dan cikgu itu juga diam. serba salah barangkali. aku keras kepala. ya. sapa suruh jolok sarang tebuan?
dah nama pun impian aku, kan. jadi suka hati aku lah!
dan sekarang akan aku usahakan untuk bina pusat futsal ternama di kampung aku. haha. cukuplah. terlalu banyak impian juga buat aku mahu mati. tak tahu mana nak tunaikan dahulu. sarcastic sungguh.
tapi rasanya impian dgn wishlist itu tak banyak beda. cuma bunyi wishlist itu lebih kepada something yang mesti-akan-tunaikan. haha. gila. padahal sama aja.
atau mungkin impian itu bunyinya lebih berangan. jadi macam tak sure akan tunai. impian tu subjektif.
diri, bantu aku ya!

Ahad, 22 November 2009

entri terpaksa

sumpah.
aku tak mahu lagi berbicara soal training yang bakal bermula 30 nov ini. sangat perit rasanya. diam tak diam, sesuatu sudah aku janjikan dengan tn. peter. aduh, harap ingatan dia kurang baek. dan harap juga emosi dia tahap ceria high-class.

latihan kali ini mesti busy dan mental. aku akan cuba make it so smooth. selalu kena ingatkan diri. jangan mental tak bertempat. dan tetapkan hati bila berhadapan dengan manusia- manusia hipokrit time training nanti.

dan harapkan diri tidak sehipokrit mereka. ya, kena ingat. hati manusia laen perlu dijaga. perlu.

yg pasti aku akan buat yang termampu untuk dapatkan cuti start 10-13 dis utk pulang ke singapura. aku akan cuba.

doakan aku.

dalam waktu cuti yang aku janji aku akan berpoya sehabis baek, aku tukar 180%...utk chantekkan prestasi aku depan tn. peter dan tutup mulut manusia- manusia hipokrit.

aku cuba.

Jumaat, 20 November 2009

transformasi emosi.











terima kaseh kepada kawan-kawan yg bersemangat melaksanakan plan kita. walaupun separuh up-jadi, tapi kira okay lah. bertuahlah aku bangun awal kan. sampai ayah aku pon naik pelik apahal anak dia yg susah sangat nak bangun pagi, tiba- tiba pukul 8 dah siap mandi.

well, aku terus drive ke rumah ummi di seksyen 35. jalan mmg tak ingat tapi macam biasa, signboard mmg banyak membantu. bak kata ummi, signboard shah alam memang boleh dipercayai. dan aku punya memori pon masih ada saki-baki. so tak sampai sejam dah sampai. anyway, aku tak sesat okay. cuma kalau tanya balik jalan mana yg aku ikut, memang fail la aku nak jawab.

phone aku yg bengong da start mengada buat hal. terpaksa berhenti tepi jalan sebab nak call ummi cakap aku dah sampai. hampir dicampak keluar aja phone murah itu. tulah nak saving tak bertempat.

after tu terus ambik ummi dan angkut lg dua member kat perhentian bas. haha.

bukit cahaya seri alam pun dituju. aku pon pelik macammana aku boleh setuju dengan plan umi nih. padahal aku bukan kaki redah alam kot. pagi-pagi buta pulak. kena sihir aku nih.

sebenarnya apa yang aku mahu bicarakan adalah transformasi emosi.
emosi aku yang tak berapa nak stabil sejak akhir-akhir ni selalu buatkan migrain aku mahu dtg menjengah. nasib aku cepat cool. so migrain aku pon pergilah tempat laen. alhamdulillah.

alkesahnya, berjalan ni baek sebenarnya untuk diri dan emosi. serius. tapi berjalan ni jugak buat emosi aku tunggang terbalik. kadang okay, kadang serabai. sebab penat berjalan. walau apapon, terimakaseh utk ummi, naim and topek. tenkiu.

Khamis, 19 November 2009

surat utk jack.

entri ini khas untuk kawan yang aku panggil jack.

maaf,maaf dan maaf.
jika aku ada salah.

kenapa, ya?
kamu diam.
kamu hilang.

memori aku pendek. jadi aku tak ingat jika aku ada silap kata atau silap bahasa. or mungkin kamu busy dengan kerja. fine la cuma aku yang banyak fikir. tapi masalahnya takkan terus hilang. jack, come on la. jangan buat aku jadi serba salah ok.

jack,
kasi tau aku apa masalahmu.
kasi tau aku apa cheritamu.
kasi tau aku di mana kamu.

maafkan aku jika aku silap.
maafkan aku jika aku salah.

maaf.
aku tahu kamu baca blog aku. sila. tapi tolong.
kasi tahu aku.

tolong.
khabarkan pada aku cherita kamu.

aku tunggu.

Rabu, 18 November 2009

lewat waktu ini.

sudah berpenat lelah mengemas barang dan mengangkutnya ke stor tingkat tiga. pergh. mahu lelah aku. tapi tak apa. masuk sahaja segala barang yang perlu di bawa pulang ke rumah ke dalam kereta. aku check out di pejabat. dan masuk semula ke blok tapi baru sedar lampu dan kipas bilik belum tutup. mahu biar atau ambil semula kunci?

sempat tanya im lagi.
dan atas dasar manusia baik yang masih ada dalam diri aku, aku kembali ke pejabat untuk pinjam kunci sekejab dan pergi menutup lampu dan kipas di bilik.

habis sahaja, pulang semula kunci ke pejabat dan pandu kereta pulang ke rumah.

baru aku sedar. aku dah besar. ayah tak lagi datang ambil aku di kolej. sampai di rumah juga tidak bersambut. erm, mungkin hujan jadi semua lebih enak tidur. ayah masih busy dengan segala kerja di pejabat. waktu begini memang bukan waktu pulangnya.

masa bawak kereta tadi rasa semacam. jem tak usah cherita. sempat la menoleh ke kanan ke kiri perhati manusia dengan keretanya. aku ni dah rupa orang balik kerja. tensi gila. radio aku kuatkan. memekak dalam kereta sorang- sorang memang syok. nasib jem cuma sampai subang. after tol subang sudah boleh speed laju2.

37 minit, aku sampai rumah. aku naib johan kalau bawa kereta pulang ke rumah dari UM. johan semestinya lah ayah aku yang ganteng! haha. memang tak boleh lawan. 30 minit je. aku tak tahulah. aku rasa aku bawa dah sama laju kot macam dia. tapi manusia dengan pengalaman 30 tahun memang tak boleh nak lawan dengan aku yg cuma pengalaman 3 tahun. kan?
logik jugak.

sebenarnya kepala masih pening dan hati stil dilema dengan keputusan mahu pulang ke kampung. tapi jumpa dengan tuan peter juga tak membuahkan hasil.

"Tuan, saya nak minta cuti. start dari 10 dis hingga 13 dis...boleh, tuan?"
"Tak boleh. aku tak benarkan!"

pergh. menyimbah gila.
tapi kemudiannya dia memujuk.

"nanti lah...macammana, tengok pada prestasi..."

segala plan dah hilang. sepatutnya banyak yang aku nak explain pada dia.
mananya aku nak buat pasport, nak sedia tuk ujian palapes lagi, dia ada ckp pasal pra-ujian. aku tahu dia risau dengan ujian kami. aku pun risau. risau lagi kalau tak dapat balik kampung. mahu cakap apa dengan mama ayah?

dan bila pulang ke rumah. terus sembang dengan mama. cehh, nampak muka gembira dia. mentanglah along mahu bertunang bulan satu nanti. segala persiapan seronok dia nak buat. mama oh mama. garang gila tapi bab- bab begini memang dia suka. aku pulak rasa tak sabar mahu kahwin.

dan mama sentuh soal pulang ke singapura. bila mahu buat pasport dan macammana dengan latihan. aku bicarakan padanya soal aku mungkin tak dapat cuti.

perit. mama start membebel. sudahlah tak pernah balik, mahu cuti 4 hari pun susah kah?
angah tak jadi balik juga sebab payah mahu uruskan soal cutinya di sg. besi. aku cuma mahu bantu ayah drive. tak mahu biarkan ayah drive sorang dari rumah sampai singapura.

aku bilang padanya. sabar.
ada peluang aku ikut pulang, aku akan ikut.

berat hati mahu tinggalkan latihan.
berat hati tidak mahu turut pulang ke kampung.

berat gila.

tapi walau apapun, cuti seminggu ini akan aku gunakan sebaiknya. plan dah bagai-bagai. harapnya menjadi.

dan yang pasti,
esok mahu bawa mama ke pkns untuk beli barang avon.
sebelum itu,
esok juga mahu hantar adik sedara aku pergi klinik. sebab demam.
dia yang ajak pegi klinik. bagus punya budak.
kalau aku yang dah besar panjang sangat elakkan klinik, jika mahu mc barulah paksakan diri ke klinik. ini pulak budak berumur 4 tahun....
sangat berani.

aku seorang kakak.
so behave.

tanggung-jawab oh tanggung-jawab.

Jumaat, 13 November 2009

encik apa nama? III

kebenaran itu pahit.
dan sebab itulah aku manusia cukup takut akan kebenaran.
ya. akulah manusia sejenis ini.

banyak benda bermain dalam fikiran.

siapa.
persoalan yg merangkumi banyak jawapan.
kalau bisa ditanya kepada encik apa nama.
akan terungkailah segala 'siapa' itu.

banyak benda yang aku fikirkan.

dan ikhlas.
akui.
manusia itu punyai hati yang bagai-bagai.
even diri sendiri. aku juga manusia kot. jadi aku arif soal itu. mungkin ada manusia yg tetap hatinya. memang dapat mandat respek la dari aku. tapi even hatinya tetap pun, dia perlu menjaga hati yang lainnya. bukan menonong menurut nafsu hati dia sahaja.

aku terfikir kini.
kenapa aku rasakan encik apa nama menarik?

kenapa aku...
kenapa, ya?

entah mana satu dia menyerupai arjuna yang aku suka. aku perhatiin check-list aku.
haha.
geleng kepala.

aku tak kenal dia.
jadi kenapa aku rasakan encik apa nama menarik?

okay. tahu apa kebenaran yang paling memahitkan?
bila nanti aku mula tunjukkan rasa suka aku...dia akan mula tunjukkan rasa sukanya pada yg laen. sadis kan?

tak tahu macammana keadaan hati aku tika tu nanti.

aku tak sanggup.
kasihan hati aku nanti.
rosak imej pon ada jugak.

jadi.
STOP IT!!!

dia bukan lelaki pilihan kamu sebetulnya.
kamu hanya tertarik kerna cara dia memandang kamu.

hah.
iya kan?

weyh, belajar sekolah tiga tingkat...tapi bodoh empat tingkat!
pernah ke kau jalan sensorang, jumpa dia, dia pandang dan senyum?
tak pernah, kan!
kau jumpa dia bila bersama teman yang lain.
tak terfikir ke dia pandang dan senyum pada teman kamu????
arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bodohnya aku rasa.

aku tak sanggup nak terima kenyataan.
aku mesti hentikan sekarang.
mesti.

mesti.

bersalah.

beng!beng!beng!
patot tembak je aku ni.

bercakap pasal kawan tung-tang-tung-tang.
sanggup mati la kot.

tapi sebab malas je kau dah angkat tangan tanda menyerah. busuk punya manusia. apa nak jadi dengan kau? pemalas nak mam. roomate, sori. aku bukan tak mahu keluar dengan kamu, tapi aku malas. malas yang amat. bukan pasal exam. bukan pasal aku tak mahu. cuma malas.

pekik lah pada aku.
jerit lah pada aku.
jika mahu tangankan aku.
aku terima.

sori.
sebab aku manusia malas.
paling malas.

Khamis, 12 November 2009

encik apa nama? II

kan aku pernah cakap, rasa percaya aku memang high-class.
kali ini time baru pulak yang for sure akan jumpa.
supper.

sebaik naik ke dewan makan. aku dah agak. mesti dia ada punya. baju kaler sama...jodoh kuat. tapi tak sempat nak tengok dia sebab masa nak ambil air dok ralit menyembang. kawan ikhwan ni memang suka kacau perhatian aku, kan. tak menyempat. aku ambil air dan aku duduk.

misi untuk ummi, dia nak kenal dengan budak mana yang buat aku ada aura gedik. sebaik duduk, dia tanya mana satu.

"baju merah. mengadap sana!"

ummi rabun kot. tak sure dia sure nampak atau buat-buat nampak. tapi jelas dia pandang budak tu lebih daripada aku. weyh, ummi...aku report kat taufik karang. budak tu setakat ni aku punya, tak boleh kongsi. tak suka.

then, ummi boleh cakap dia senyum kat budak tuh?
what the...???

cukuplah setakat ummi dgn im tahu tahap gedik aku dekat budak yang aku tak tahu nama tuh. biar. jangan sampai orang lain tahu. jatuh saham aku karang. jangan weyh.

suka je aku dengar ummi nak suh taufik cari nama dan umur budak tuh. mana aci?! aku cakap jangan bagi org laen tahu, kan?
yang buat aku senyum, dia nak tahu umur budak tuh. takut lebih muda dari aku katanya.

erm. aku lupa.
aku pernah tak suka lelaki lebih muda dari aku.
even 1 tahun.
dulu. serius.

takkan sebab budak ni aku nak tukar citarasa aku?

takkan.
kalau dia muda dari aku, cancel.
kalau lah.

apa-apa hal. tunggu berita.

bila rasa percaya tinggal seinci.

ingat.
aku pernah cakap aku percaya pada kawan.
tapi bila kau jatuhkan rasa percaya aku.
jangan harap mahu aku kembali percaya.

setengah orang akan anggap ianya perkara biasa, normal.
sorry to say, bukan aku.

aku cuba tolak tepi prinsip apa yang aku pegang.
sebab aku fikir, kita sama- sama manusia. banyak silap.
kau kawan aku.
aku kawan kau.

tapi tiap kali itulah juga.
kau rosakkan segalanya.
rosakkan segalanya macam kau rosakkan rasa percaya aku.
aku tak suka macam ni.
sebab aku tak punya apa selain rasa percaya aku.
dan kalau ianya dah tak ada.
then, nak kata apa?

kadang aku fikir aku tak layak hidup.
atau tak layak bergandingan dengan kamukamu semua.

tapi bila fikir2 balik.
kamukamu bukan bagus sangat pon. masih nampak kekurangan yang jelas. jadi aku masih punya peluang hidup dengan rasa percaya aku kan?

tahu apa yang aku percaya?

kamukamu akan jatuh jika kamu sorang!
jangan nak tolak rasa percaya aku.
sebab memang benar, kan?
dan sampai sekarang, aku hanya tersenyum tiap kali kamu menampakkan nilai kekurangan dalam diri kamu. sebab aku manusia takut pada kata-kata, jadi aku memilih diam.

untuk kamukamu,
aku jahat.
jadi aku takkan tegur di mana kamu silap.
sebab aku dah puas dikhianati kamu.

dan aku akan senyum, senyum dan terus senyum.
aku akan puji sebanyak mana yang kamu mahu.
atau kamu mahu aku hidup hanya untuk memuji kamu?
aku tidak kesah.
sebab aku sudah tiada apa utk dibanggakan.
semenjak kamu jatuhkan rasa percaya aku.

untuk kamukamu,
aku ingat semua perkara yang kamu lakukan.
aku ingat semua perkara yang kamu katakan.
aku dapat tangkap apa persepsi kamu.
jadi jangan jadi hipokrit di depan aku.
sebab rasa percaya aku pada kamu tak sampai seinci.

sedikit lagi kamu buat silap.
semuanya akan habis.

habis.

Rabu, 11 November 2009

Selasa, 10 November 2009

encik apa nama?

ah ha.
kelakar.

kelmarin.
sekejab aku perhati budak ni.
bukan jenis yang aku suka.

semalam.
nampak lagi.
makan kat tempat yang sama.
lokasi jumpa dikenalpasti.
dewan makan.
meja pertama bahagian ladies.

hari ini.
aku tak tahu aku ni perasan atau apa.

dia pandang aku.
tapi aku alih pandang tempat lain.

baru tadi.
supper.

aku perasan dia.
basuh tangan.
dia pandang aku.

senyum.


hah?
serius lah.

>>>>try tgk apa jadi esok!


baru tadi.
supper.
2223pm.selasa.10nov2009.

Isnin, 9 November 2009

jiwa-ng malam exam.

esok exam.




malam ini roomate pasang sume lagu jiwa-ng dia.
tak sangka aku. haha.


andai dpt ku undurkan putaran dunia
ingin ku ubah semula
kata2 dan tingkah laku ku
yg salah agar kita seiring
di mercu asmara
tak ingin lagi dan tak mahu lagi
berpisah bukan dgn kerelaan hati
penyesalan yg tak ada kesudahan
ku tersepit dlm jerat sendiri
**********

bukan ku tak sudi
kasih...
tuk bersama bercinta lagi
kerna kita tidak sehaluan lagi
maafkan diriku sayang
menolak cintamu di kali ini
walau pun ku tahu
sungguh benar rasa hatimu

**********

sudah sering kau kirim surat
namun tak pernah aku jawab
namun ku kirimkan undangan
agar kau tak berharap
bukannya aku tak tega
bukan pula aku tak cinta
kerana orang tua yg tak merestui cinta kita
***********

hambo meme minat kt ore tino
tapi buke jenih buayo
tok le nok cari tino sokmo
hambo cinta hanya kt dio


p/s: aku nk translet lagi. tak fhm sebab laju sgt. nnt aku soh roomate aku tolong..

**********

bulan madu di awan biru
tiada yg mengganggu
bulan madu di atas pelangi
hanya kita berdua
mengejar nikmat chinta
yg putih tak terbanding
sesuci embun pagi
andai di pisah laut dan pantai
musnahlah ilham hilang pedoman
andai dipisah cahaya dan bulan
gelap gelita punah asmara

***********

kini aku pasrah
dengan segalanya
kepedihan ini masih terasa
apakah salahku
apakah dosaku
Tuhan berilah ku petunjukmu
dan redha dengan kehendakmu
cukup kali ini kau menyakiti
berulang kali
tak usah lah kembali
dengan rela hati melepas kau pergi

**********


kelakar.
cammana lah aku boleh join sama?
aduss.

dunia jiwa-ng yang dah lama gila aku tinggalkan.
sejak break-off dulu.
ala.teringat pulak.

okay.off.

Ahad, 8 November 2009

berperang dengan emosi sendiri.

bengang.
aku dah macam bukan aku.
apalah yang aku rasa macam bodoh sangat neh?

bukan kah bagus kalau rasa itu boleh dimuntahkan?
serius aku tak selesa.
dengan segalanya.

satu masa aku nak marah.
tapi pada masa yang sama tengah bengang.
dan masa yang sama jugak kena sedih.

aku nak marah sebab perangai manusia yang tak sudah-sudah.
degil macam gampang. kurang ajar tak bertempat. weyh kau tu dahlah inter, apalah salahnya kalau kau dengar apa yang senior kau cakap...
bukan dia suruh kau buat angkat tangki air.
dia suruh kau tutup aurat.
apa yang susah sangat?

aku tahu aku pun jahil jugak.
tapi bila dah ada manusia lain yg caring menasihat, apalah salahnya dengar.
kalau hati tu dah hitam, tak mahu dengar sangat...
tak perlu nak menganjing manusia yang peka tu pulak.
itu namanya kurang ajar, dik.
lagi aku marah sebab korang inter. ambik junior dah pandai, tapi diri sendiri macam gampang!
bodoh ke ketam nak mengajar anaknya jalan betul?
kau cermin diri kau dulu!
ikut hati setan aku memang aku nak ambik korang malam ni jugak. tapi sebab aku fikir aku nak exam je esok.
tak boleh ke bagi aku tenang sikit?
tunggu time latihan nanti.

------------

aku bengang sebab baru tadi tahu tak dapat nak balik kampung. weyh semua orang ada kampung, aku tahu. tapi bukan semua orang balik kampung 4 tahun sekali!
kasihani lah aku.
kampung aku nun di singapura. bagilah peluang sikit.
aku juga nak beramah mesra dengan sedara mara di sana.
berperang2 jugak, nanti kalau aku mati...diorang juga yang akan datang tengok. malulah kalau aku tak pernah jenguk mereka kat sana.
nanti majlis kahwin aku sapa nak datang kalau bukan mereka?

apa yang susahnya nak buat keputusan yang fix. kamu pemerintah. keluarkan sahaja perintah. itu hak kamu. kenapa biarkan kami terumbang-ambing memikirkan itu ini?
kamu ada planning. kami juga ada. kita sama2 manusia, kan? lupa kah?

dulu kata lain. sekarang kata lain. esok entah apa pulak.
aku plan punya baik. hancur hati bila dengar tarikh itu aku perlu ada kat situ. lepas ni nak dengar mama membebel pulak.

weyh, sapa punya hidup sekarang ini?
aku atau kamu?

ikut hati setan memang aku skip training.

tapi setiap kali tewas dengan pemikiran yang asyik memikirkan apa yang kamu kamu akan fikir, akan kata. penakut kan bunyinya?
setiap kali tewas dengan peraturan up-jadi palapes yang kadang-kadang semakin menguji tahap kesabaran.

aku cuma nak balik kampung.
tolonglah.

--------------

dan aku rasa sedih sebab...
tengok betapa caringnya cik2 abang aku. peka soal pemakaian. hukum-hakam agama. aku manusia jahil, aku kurang ambil peduli itu semua walhal semua tu aku dah khatam sejak sekolah rendah. bukan tak tahu. tapi buat tak tahu.
aku malu bila dengar ucapkata fahmi kecik. aku respek dia. tapi aku pelik kenapa dia tak mahu tegur aku secara jujur?

aku manusia anti-kritikan. tapi akan aku cuba terima walau sakit. serius li aku akan cuba.
kamu hanya jadikan teguran pada aku macam iklan. bukan subjek penting yang kamu nak sampaikan. apa kamu tak caringkah pasal aku?

biar aku dengan dunia aku. biar aku lemas dalam dunia aku.

kamu kamu kawan-kawan aku.
kita dah macam adikberadik.
kenapa kamu tak tegur aku?

aku pakai seluar ketat.
kenapa kamu tak tegur aku?

aku pakai tudung tapi selimpang kiri dan kanan. nampak dada.
kenapa kamu tak tegur aku?

aku pakai tudung tapi tak pakai anak tudung. rambut terkeluar.
kenapa kamu tak tegur aku?

aku suka keluar malam.
kenapa kamu tak tegur aku?

dan banyak lagi aktiviti liar aku yang kamu kamu ambil tak peduli. aku tak tahu kalau kamu sekadar bergosip di bilik sesama kamu. tapi aku tak dengar kan?
so apa guna?

aku akan tetap macam ni.
sebab aku fikir aku betul.

aku ni terpesong. tahu apa aku fikir pasal manusia semacam kamu kamu?
kamu semua mungkin berilmu beriman beramal. tapi rasanya kamu meronta-ronta nak keluar dari hidup kamu. ini bukan psl kamu. pasal manusia sejenis aku. bertudung labuh, sopan segala.
jujur aku pernah fak mereka mereka ini.

ini semua sebab pengaruh persekitaran. bukan sebab amal baik mereka tapi amal buruk.
buruk.

sosial.[tangkap khalwat dsb]
gedik.[terkinja-kinja, ...]
punya kekasih.[rasanya ini haram]
dsb..

mereka yg bertudung labuh. memanglah yg tak bertudung itu melambak. tapi yg aku terkujat, yg ini lah. aku jadi salah faham.

aku mahu jadi seperti mereka. serius.

tapi bila aku betulkan niat.
setiap kali itulah aku jumpa dengan mereka2 yang buruk perangai.
macammana?
aku perlukan guide.
aku perlu diyakinkan.

sebab aku bukan degil.
aku fleksibel.
aku datang dari keluarga baik-baik.
bukan mama ayah aku tak pernah ajar.
selalu.
tapi aku tak hipokrit.
macammana aku pakai di awam, macam ini jugalah di depan mereka.
aku jujur.

kadang mereka pernah suarakan utk aku pakai jubah.
aku faham.
aku juga minat.
tapi.
setiap kali itu aku terfikir.
sekadar fesyen nak buat apa?
kalau aku pakai pun, orang akan anggap aku baik ke?
persepsi org kita tak boleh ubah.
persepsi kita juga sama.

aku katakan pada mama ayah.
aku begini bukan bererti aku jahat.
dan mereka begitu bukan bermakna mereka benar-benar baik.

aku anak mereka.
jadi mereka faham.

tapi aku pelik kenapa kamu kamu tak tegur aku?

kata aku memang begini.
begini yang begini.
apa?

aku tak layak berubah kah?

*sedih*

---------------

tapi sedar sikit wahai manusia,
kamu itu manusia tak dengar kata.
dan kamu sangat anti-kritik.
kamu yakin kamu mampu terima apa yg akan mereka katakan pd kamu?
kamu yakin kamu takkan bunuh diri selepas terima kata2 dari mereka?
kamu yakin kamu mampu hadapi mereka dikemudian hari?

dan kamu yakin ke kamu mampu berubah?
tak mahu pakai skinny?
tak mahu keluar malam?
tak mahu gelak kuat?
tak mahu...

ah, lihat.
betapa jahil nya kamu.
masih waswas bukan?

*menjerit dalam hati*

apa yang kau nak?
kau nak mereka nasihat kau?
tapi kau sendiri tak sure yg kau akan berubah?
so untuk apa nasihat tu nanti?
nak jadikan bubur?
bodoh!

aku nak pitam.

dicemari.

gomo negeri sembilan gomo.
haha.

macammana yang satu Malaysia dah pun tahu. negeri sembilan menang malam tadi 3-1. bayangkan satu bukit jalil disesakkan dengan penyokong kelantan. nampak bukit merah je. terdengar sebelum ini yang mana penyokong n9 bengang sebab tiket habis penyokong kelantan beli. kasihan.
tapi aku stick dengan negeri sembilan. sbb aku tahu kekuatan team itu. dgn adanya si kembar, zaquan dan aidil, shukor, hairuden yg aku mmg tahu kemampuan dia dan byk pemain muda yg laen. n9 adlh team favourite aku after my only selangor.

teruja juga bila kawan-kawan ajak memeriahkan suasana di bilik televisi. sedar kami dlm suasana exam. aku tak berapa selesa sebenarnya. mana taknya, beberapa malam sebelum ini menjerit memekik pada si bising yang suka bising time manusia lain nak concentrate belajar.

aku tahu aku si excited. aku pengunjung setia stadium kot.
kena sedar.
sini kolej.
tidak boleh jerit lebih- lebih.
cool.

tiba-tiba aku jadi diam.
diam sediamnya.
tak tahulah terpana atau apa kah...

kenapa ada manusia lain yg terlebih excited?
kenapa ada manusia lain yg terlalu byk mulut?
kenapa ada manusia lain yg suka merosakkan suasana?

terkesima sekejab aku.
dan teringat incident akhir-akhir ini.

status ym masing2 mula berubah.

gomo kelate gomo.
hobin jang hobin.
jom banjirkan stadium...
si rusa...si kijang...

dan macam-macam lagi.
eh, sejak bila manusia-manusia ni minat bola?
setahu aku, bila aku cherita aku pergi stadium...mereka mengata.memerli.
pelik.

sebab negeri kah?
aku sedia tahu rakyat kelantan memang punya semangat kenegerian yg melampau. kadang sampai aku terfikir, apa kelantan bukan Malaysia kah?

tapi tak apa.
sebab aku minat bola, jadi aku fokus. nak balik study pon hati tak sedap. kena tengok perlawanan ni. mesti ada something yg mengejutkan.

dan tiba-tiba bola chantek masuk melalui tendangan entah-sapa-nama-playern9 tuh. seriusli cun. penyokong n9 bersorak. sengaja mahu menyakitkan hati penyokong kelantan barangkali. tapi aku cuma bersorak untuk gol yang cantik itu. tiada niat mahu sakiti sesiapa. kalau terasa padan muka. aku tak salah. halim napi yang tak sampai nak tepis.

seketika.
eh, kenapa senyap?
roomate aku yg penyokong kelantan bersuara. dia kelantan tapi lebih matang.
bukan seperti penyokong kelantan lain yg agak keterlaluan.
perlukah bagitahu semua orang kamu bersaudara dgn player negeri?
perlukah terloncat-loncat mahu bersalam ke apa dgn gambar yg cuma di telivisi?

weyh, lupakah kamu tuh budak islamic?
eh, siapa yg lebih daring sebenarnya ni?
aku atau kamu?

aku jadi confius kejab.

mencemarkan game betul budak-budak ni. aku cuma geleng kepala. diam itu baik.
bukan bising memekak dgn katakan kamu lah penyokong paling sokong kelab ngeri kamu dan diam bila kelab ngeri kamu itu kalah!
itu pengecut.
sedar sikit kamu tak punya apa ilmu dalam bola sepak.
lupa bola sepak itu bulat.

jujur aku cakap kat sini.
kamu tengok bola bukan sebab kamu suka.

kamu tgk bola sebab kekasih kamu pergi stadium malam itu.
kamu tgk bola sebab kekasih kamu orang negeri itu. padahal kamu bukan.
kamu tgk bola sebab tak mahu ketinggalan dgn manusia lain yg sibuk berbicara tentng bola di ym.
kamu tgk bola sebab...tak ada kerja lain mungkin.

hah, persetan dgn apa yg kamu sebabkan untuk tengok bola.
fak sama manusia yg konon saja minat bola padahal...kosong.

dan pada akhir perlawanan. dgn kelantan mula ketinggalan 3-0, kamu mula menyuarakan.

"apa-apa hal pun, kita tetap kawan!"

oh, kamu lupa tentang itu di awal perlawanan?
berbicara sesuka hati menyatakan negeri kamu bagus!

padahal bukan korg yg maen!

manusia-manusia pencemar ini patut disedarkan. sudah berapa banyak aku geleng kepala, aku juga tak pasti. dan kamu mula berbicara soal kesetiaan pd negeri dan segalanya. menutup segala rasa kecewa kamu sebab negeri kamu kalah. bullshit!

aku diam sebab roomate aku juga rakyat dari negeri mereka.
aku diam.

diamkan sehingga kami keluar beli burger dan roti coklat kismis.

sampai sahaja semula ke kolej, kami dikejutkan dgn satu lagi berita oleh si abang-abang yang kononnya tengah betulkan kereta. ceh, padahal tunggu kitorang balik, kan? jujur sajalah...

kami memujuk. macam budak kecik baru abang2 ni mahu bercerita.
sangat tak masuk akal. hati jadi marah.
kenapa manusia yang mahu menutup aurat dihalang?

bukan aku yang halang.

tapi mereka yang menutup aurat juga. apa kah?
dunia mahu kiamat kah?
atau inter itu mahu mati kah?

malam itu juga aku buktikan aku senior berhati baik. roomate pengaruh aku pergi kacau bilik junior. korek cherita dari mereka. mula-mula agak cuak jugak lah junior tu. mana taknya, senior bilik sebeleh, senior paling garang sbb tak pernah senyum....tiba-tiba masuk bilik, tegur sambil senyum-senyum manis...kan?

tapi akhirnya cherita terungkai. esok sahaja aku cherita sebab esok kami nak hell inter yg sentiasa bikin masalah!
tak tahu ubat apa mereka makan. selalu sahaja masalah.

memang malam yang mencemarkan.

tapi tiba-tiba roomate aku suarakan sesuatu...

"aku sebenarnya tak berapa suka dengan dia time tengok bola tadi..."

eh.eh.
aku senyum.
terima kaseh roomate.
kamu memang matang.
memang.

manusia kita tak boleh nak ubah.
bukan hak kita itu.
biarkan mungkin bukan jalan terbaik.
bersabar juga bukan.
jadi mahu apa ya?

suarakan sahaja rasa tidak puas hati itu!

haha. cakap memang senang. tulis lagilah senang.
tapi kita masih sedar yang mana hati manusia lain terutamanya mereka yang perlu kita jaga. sebab kita pernah terkena. dan kamu mengingatkan aku tentang masa dulu. sumpah kamu tak mahu ulanginya.

aku sayang kawan-kawan aku tapi aku tak mampu nak tegor keburukan sikap mereka. sebab aku penakut. takut untuk mendengar apa yang akan kamu kamu balaskan nanti. aku tidak cukup kuat untuk itu. tidak cukup.

alkesah nya.
perlawanan piala Malaysia malam ini banyak dicemari dgn sikap-sikap manusia yg masih tak tahu makna matang dalam hidup.
jumpa aku.
mari aku ajarkan.

kecewa.

p/s: terima kaseh pd fauzan, fahmi kecik, fahmi besar, jamel and hasim sebab habiskan roti coklat kismis aku. well, esok aku dapat dua lagi. korang ambillah...aku tak tamak.

Khamis, 5 November 2009

unethical macik kafe.

elok je ayah aku datang kolej hari ini.
sengaja singgah meninjau anak daranya study ke tak.
kasihan.
beliau lapar.

mana nak bawak?
kafe kolej?
aku rasa kafe tak bukak petang.
mahu ajak ke kolej 12.
tapi ayah kata jauh.

jadi naik kereta, terus ke kafe di hujung kolej. jelas tak bukak lagi.
dalam hati aku dah agak.
tapi menurut langkah ayah yang nampak sangat lapar.

ayah : belum bukak lagi ya?
macik 1 : malam baru bukak.[dgn jelingan die ingat lawa la]
macik 2 : kalau nak makan buat sendiri la.

eh eh.
aku pandang tajam makcikmakcik kerek tu. dgn brader tu skali.
apahal?
aku tahu korg mmg kerek.
tapi beragak la.
ayah aku kot.
korang kalo takat nak kerek dgn kitorg bdk kolej takapa la.
ni ayah aku pulak.
ayah aku weyh!

celaka betul aa.
kalo korg tu tua dr ayah aku, tak apa la jugak.
ni jelasjelas ayah aku berumur.
tak ada etika btul.
bodoh.
tak belajar ke?
patut la kau jadi macik kafe je!

kutukan ni khas buat macik2 kafe kat kolej lima je.
korg ingat makanan korg buat sedap sgt?
korg ingat air korg yg mcm2 tu sdp sgt?
dgn layanan korang...

dgn bukak tv yg khas utk korg je...
dgn jerit pekik korg yang kononnya happening...
dgn lampu kalerkaler yg meriah-palsu...

korang ingat korang dialu-alukan sgt ke kt kolej ni?
kami tak heran kalau korg tak ada lah!

korang kerek.
harap korang tak lama kt cni.

nak cakap kat office kolej, lepas ni tak payah ada dm kt kolej. bagi kafe tu dkt macik dm yg baik hati suh jaga. kami sokong!

usir macikmacik kafe yg kerek dari kolej lima!
usir!!!

tentang roomate.


spesial credit to ummi sbb rajin gila edit-mengedit neh. jadi cantik hah gambar aku. ayat tu ayat die, bunyi kelantan kan. haha.
yang paling berkenan, jari-jemari aku nampak runcing dan kurus. pergh, perasan. biar la...blog aku kot.

time ni kat mid. bosan jalan. serius. sedar tak mid dah jadi bosan bila korang berada kat sana lebih sejam?
sebenarnya aku penat. duduk kejab. baca mag. tak ingat mag pe yg aku baca time tuh. apaapapun, aku nampak tekun, kan. [tekun? ayat budak skola gila...]

then tadi aku ada tertambahkan pengetahuan aku pasal Geby, si penyanyi asal Jauh Kau Pergi--Tinggal Kenangan...
gila macam-macam cherita keluar. korang search la kalau nak tahu. cuak la aku nak bercherita kat sini. takut woo...

tapi sedap jugak suara hantu ni~~

aah, takada.takada.

abaikan apa yang aku cakap. dah la. aku takut. dah la lagu ni tengah bermain di speaker laptop aku. aku rasa ini sebabnya jugak laptop aku selalu masalah. keluar tetingkap2 tanpa aku tekan. lembab nak mam...heee...

ceh, padahal virus yg serang laptop kau! buat cherita...

apaapapun.
kalau ada benarnya sume gosipgosip tuh, aku sedekahkan al-fatihah buat dia. smoga aman di sana.

erm.
terasa macam nak story lebihlebih pasal Geby ni...
weyh, aku ni kenapa?
kenapa?
taknaklah cherita.
takut.
takut.

dah.
okay, bye.

p/s: malam ni sblm tidur basuh kaki, ya. baca doa tidur, jangan lupa.

..:ExAm:..

cbeb1109: business statistic
09 november 2009
1130 am/ aras 1
cbeb2105: business research
10 november 2009
1500 pm/ aras 1
cbeb3305: international business management
11 november 2009
1500 pm/ aras 1
cfea2123: financial management
12 november 2009
1500 pm/aras 2
cbeb1110: quantitative analysis
16 november 2009
1130 am/ aras 1
caea2218: principle of auditing
17 november 2009
0830 am/ aras 2
tcee1371: spoken english for professional
no exam.
bagi korang yang dah start exam lebih awal daripada aku. untuk paktam yang dah abis exam pon agaknya. aku masih nak cakap good luck untuk korang. untuk aku.
bersamalah kita mendoakan kejayaan untuk semua.
start next week, hari- hari ada paper. tapi sekarang masih tak sedar. nak blogging lagi. pergh...
kamu nak jadi apa neh?
kalau diperhatikan. sem ni banyak amik subjek business. ntah apa- apa.
business.
subjek membaca yang perlu berfikir.
jawapannya. goreng la.
aduh.
tak apa.
masih ada esok, lusa dan selepas lusa.
yakin pada diri tu kan bagus.
lagipun aku nampak tenang apa.
tak kusut pon.
tanda nya apa?
positif?
negatif?
argh...tolonglah!
actually nak upload gambar tapi semua gambar dah tak ada. bodoh!
menyesal tak upload awal-awal.
aku tak percaya dah burn-burn bagai neh.
tak percaya.

entri kena puji.

haha.
diawangan kejab.
apalah im ni, memuji pulak. dah la aku ni tak boleh dipuji. jangan lebih2 nanti aku lupa dunia.
anyway trimas im sebab baca blog aku. bangga seh.

tapi seriusli.
aku memang tak boleh dipuji.
sebab aku tak tahu nak react macammana.
nak jerit suka, terlebih pulak.
nak tarik muka, weyh...org puji kot.
then boleh senyum je...

senyum lebar.

aku malu sebenarnya. serius malu!

aku taklah matang sangat sebenarnya.
persepsi matang pon aku tak jelas lagi.
kelakar.
macammana lah kau boleh cakap aku matang?


anyway,
untuk kawan- kawan yang aku suka--gaya zahiriladzim...
aku gumbira korang dah berbaek.
kembali ke sedia kala.
harapnya.

sedangkan lidah lagi tergigit kan.
apatah lagi korang yang hubungan-tak-tentu ni. hehe...

semoga kita aman-aman belaka.

untuk korang yang nak exam esok. dengarnya ramai.
semuga soalan yg kluar senang- senang belaka and korang dah pun khatam dgn smua tu.


ya.?
jangan lupa call parents mintak restu.
smoga semua dimudahkan.
dan smoga semua smoga ditunaikan.


insyaALLAH.

Rabu, 4 November 2009

bagai mau mati.

risau.
risau.
sangat.

bukan pertama kali.
dah berkali- kali.
tolonglah.
kenapa?

begini. aku mandi. basuh rambut.
rambut gugur. normal.
banyak. tak normal.
dah fikir macam- macam.

salah shampoo kah?--pkai anti-hair fall dah sbulan kot. nape byk?
salah kepala terlalu byk fikir kah?--aku positif apa...

atau...

atau...

atau...

*geleng*

takkan lah.
merepek.

tapi seriusli.
banyak.

mama ayah...tolong!
aku cuak.

jangan gedik

tolong la weyh.
lemas.
jangan gedik depan aku boleh?
kau nak tunggang- langgang belakang aku, aku tak kesah. sungguh tak kesah.

tapi tolong lah.
aku benci.
benci manusia gedik.

tersengih- sengih macam kau lawa.
tersipu- sipu gaya pompuan melayu la sangat.
nyata kau bukan!
gaya kau alim ulamak...jangan kasi imej lu jatuh.
aku nak respek kau pun fikir 10 kali.

bodoh lah.
apsal kau tunjuk gaya gedik kau depan aku?
berjalan depan lelaki, goyang mula rancak.
terkekeh ketawa ala manja.
aku yang kat belakang kau ni rasa nak penyepak ke bontot kau.
apa kau ingat kau kiut?

pelik aku.
kau jadi macam tu bila depan lelaki je la pulak. apsal? kemaruk sangat ke?
lelaki pon manusia jugak.
biasa je.
apa yang nak di excited kan sangat?
lagipun bukan dia pandang kau.
perasan.

tahu tak kau jadi bahan ketawa-kutuk diorang kat bilik?
tahu tak kau dilabel ntah apa- apa dgn diorang?
tak malu kah?

lelaki la weyh. depan kau memang la die senyum- senyum. ala mengada. dia layan kau baek punya. kau pun boleh bertukar gelak dengan dia, dengan member2 dia.
padahal, kat bilik...kau jadi bahan kau tak tahu.

so, serius li.
janganlah gedik.
even kau suka lelaki tu pun.
cool sudah.

apa?
dia suka kau gedik?
bodoh ke?
mana ada lelaki suka pompuan gedik?
gedik dengan semua orang pulak tu?
sengal.

kita perempuan.
jaga lah selagi mampu.
jangan gedik.
malu lah.

+
++
+++
++++
+++++
++++
+++
++
+

aku penah jumpa hans isaac. handsome gila.
tak kesah pon.

sebab aku tak gedik.

hanya ingin kau tahu


ku telah miliki
rasa indahnya perihku
rasa hancurnya harapku
kau lepas cintaku
rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau fahami
ku fikir ku salah mengertimu
aku hanya ingin kau tahu
besarnya cintaku
tingginya khayalku bersamamu
tuk lalui waktu yang tersisa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku
walaupun semua hanya ada dlm mimpiku
hanya ada dlm anganku
melewati hidup
hanya ingin kau tahu. republik.
jujur. sayu gila dengar. ceewahhh...jiwang la kau!
trase nak bagi korang sama- sama dengar lagu ni. or maybe tuk penggemar chinta belakang tabir macam aku je. haha.
sounds pathetic kan?
agak la.
hari- hari masuk je dewan makan. pandang keliling. cari.
duduk pulak pandang pintu dewan makan. tunggu.
bodoh kah aku?
aku tak minta banyak. cuma pandang aku. senyum.
tu je.
serius. tu je.
+++++
tibe2 berubah mood.
bengang tadi byk gambar hilang.
dah burn dlm dvd tp bukak2 da xde. mangkuk!
modenisasi bodoh.
habis semua gambar.
ke laptop aku yg bengong?
masalahnya dah try kt lap ummi kot.
sama je.
kosong.
pelik.
tapi full space.
bengong la.
tensi.

kawan dalam kamus hidup aku.

kelakar bila ada orang mengaku kawan. tiba- tiba.
iya kan, bila time bergumbira la dia muncul.
bila aku mental bagai nak rak...bayang dia lalu depan bilik aku pun tak ada.
kelakar kan?

ntah. apa yang dia fikir. katanya sebab aku dengan kawan dia kawan, so automatically ak dan dia kawan. bodoh kah?
ingat aku semudah itu?

jangan berharap!
aku bukan begitu.
mahu jadi kawan aku?
jangan mimpi ianya senang.

sebab kawan aku pernah jatuh.
sebab kawan aku pernah hilang arah.
sebab kawan aku pernah dibuang keluarga.
sebab kawan aku pernah tak mahu hidup.

sadis.

aku suka berkawan.
tapi sayang.
rasa percaya aku dikhianati bulat- bulat.
tanpa belas.

aku tak tahu sama ada aku yang tahu apa itu kawan atau dia yang tak jelas maksud sebenar berkawan!

maybe bagi dia ianya simple.
kita kenal, kita kawan.
kita satu kolej, kita kawan.
kita satu fac, kita kawan.
kenal dengan kawan, itu laen.
satu kolej dengan kawan, itu laen.
satu fac dengan kawan, itu laen.

kadang- kadang ada juga aku cuba ubah persepsi aku atas manusia laen yang mereka anggap aku kawan mereka. aku pun ada anggap mereka kawan aku juga. cuma mungkin aku mengharapkan lebih. bila mana aku susah, aku harap mereka ada. bila mana aku senang, lagi lah aku mengharapkan mereka ada. cuma ada bila aku mahu. itu pun susah kah?

bukan senang mahu mencipta satu kelompok member. riang gumbira bersama. sedih bersama. bukan senang!

aku sedar aku bukan kawan terbaik.
tapi aku cuba apa...
tapi mungkin tak sampai benchmark korang. maaf.
dan mungkin korang juga memcuba yg terbaek dgn aku.
dan tak lagi mencapai benchmark yg aku tetapkan.

kenapa?
sebab aku tak faham apa yg korang rasa.
sebab korang tak faham apa yg aku rasa.
kan?

pernah dulu masa sekolah teknik, aku lihat satu dorm mate aku sangat suka berkawan dengan manusia yg tahap sosialnya tinggi. tahap samseng. yang mana jalan di mall berkelompok besar. muka ganas. chikanos, punk, dan tak tahu apa lagi.

aku tanya kenapa?
kenapa pilih manusia jenis begitu jadi temanmu?

dia : cuba kau bayang kalau aku kawan dengan si budak baik, yg kita sangka sangat sayang pada friendship...nanti- nanti kalau aku susah, diugut, dibelasah? kau rasa si budak baik tu nak tolong? at least budak2 jahat macam diorang boleh tolong belasah balik orang yg belasah aku nanti.

erm.
ada benarnya.
kadang orang yang cakap berdentum dentam yang dirinya seorang yg sangat sayangkn kawannya, sanggup berbuat apa saja utk kawannya...akan lari dulu bila lihat kawannya dibelasah!
sebab kalau dia campur, dia pun akan lunyai.

aku tak suka macam tu.

bagi aku, kawan itu biar sama lunyai dengan kita.
bukan hanya bercakap- cakap bahawa sanggup buat apa sahaja. buat dulu...baru nampak.

kadang manusia yg kita anggap tak guna...yg suka melepak macam tu lah yang nampak betapa pentingnya kawan dalam diri mereka. aku lebih suka macam tu. jatuh naik kita bersama mereka.
bukan dibiar kita tanpa tali. terkontang- kanting.
macam manusia bodoh!

ada juga jenis kawan dalam dunia ni...yang sanggup jatuhkan kawannya sendiri untuk kepentingan diri. secara sedar atau tidak.
contohnya:
"Boleh aku tengok report kau? Macammana kau buat, hah?"
"Buat je la macam biasa...report biasa..."

lepas tu dia diamkan. tiada apa yang diberi. bagai nak mampus member ni buat sendiri. tahu si member ni pemalas nak mati. tapi kata kawan. tolong sikit tak boleh?
andai kata sikap kawan die ni buat member ni mental. terus bunuh diri ke apa...
sapa yang nak disalahkan?

walaupun si member ni bodoh, pemalas nak mati, degil...dan semua sifat mazmumah yg laen...salah kah kalau dia masih mahu berkawan? mengharap belas teman- temannya?
mungkin manusia seperti ini dianggap tak guna.

"weyh, mangkuk...baik kau berhenti belajar je la! result kau pon macam hampas, tak guna nak bazir duit mak ayah kau lagi...susah nanti kau nak bayar balik duit ptptn tu...baik berhenti je la..."

biar pun dia malas, dia bodoh...dia degil, bukan kah dia masih nak belajar?
walaupun niat nak belajar tu tinggal sepanjang jari kelingking dia...tapi masih ada kan?
tak boleh kah kau bantu dia?

jelas kau manusia pentingkan diri!!

kau boleh jatuhkan member kau sewenangnya.
sebab kau punya kuasa.
sebab kau punya nama.

kau hebat.
kau mantap.
kau cemerlang.

apa peduli kalau kawan kau gagal?
apa peduli?

"biar aku berjaya...dia dengan hidup dia, apa aku peduli?"

kan?

ini bukan kawan, ini sampah!!

kawan kau dah sedia jatuh...tapi kau tolak dia lagi, tergolek- golek...kejamnya kau!

then, apa itu kawan?
aku confius.
gila confius.

kau tak kenal aku.
jadi jangan suka jadi kawan aku.

sebab kawan besar maknanya bagi aku.

aku sanggup mati untuk kawan aku.
kau ?
sanggup ?

ketawa sampai lupa dunia++

hayati kami di Istana Budaya. 28 oct 2009. cuci the musical.
ejad.chic.aku

ejad.zam.aku

ejad.chic.aku



ejad.aku.chic.zam


zam.aku.ejad.

lupa nak cherita. haritu aku pergi tengok cuci the musical. for free. best gila.
jalan crite dia tak banyak berubah tapi happening. disesuaikan dengan teater kn.
pengalaman masa masuk Siam Niramit kat Thailand hari tu digunapakai untuk dibuat banding dengan Istana Budaya. agak bodoh sebenarnya. dua tempat yang sangat berbeza.

beza gila.

chic pon setuju.

tapi lastly, aku sedar. Siam Niramit hak mutlak kebudayaan Thailand yg mana satu persembahan yg dipersembhkn berulang kali. pentasnya...bapak besar. teruja, serius...

tiga kali ganda dewan kuliah utama aku kat fac. tiga kali!!!

pentas SM ada sungai. terkejut time nampak sungai tu. tak sure time kitorang masuk ad nampak sungai ke tak. tapi tiba2 sungai tu ada. bukan takat air mengalir. tapi pelakon tu terjun mandi dalam tu!

ah, teruja nya aku. serius korang...best sangat. nanti kalau ada masa jejak Thailand jangan lepaskan peluang, ya. kunjungi Siam Niramit.
lupa.

kat SM ada hujan jugak.
haha...real.

rasa bodoh pulak puji negara orang banyak- banyak.

mungkin aku bodoh sebab tak kenal Istana Budaya. tak berapa arif reka letak pentasnya. kata member, pentasnya besar sebenarnya. sebesar padang bola. aku ternganga la jugak. betul kah?

betul. dia penah kerja di IB, so tak payah tanya banyak.

tapi well done buat warga kerja cuci the musical. korang best. kelakar nak mam...

ini first teater ak kat malaysia. rasa rugi sebab tak tengok PGL dulu. rugi gila.
nanti ada masa nak pergi lagi. tapi bayar atau free. ikut la. mana- mana. tapi umum ketahui, aku ni kedekut. so, jangan harap sangat la aku nak keluar duit sendiri. tunggu korang ajak lagi. for free. haha.


done.

Isnin, 2 November 2009

jumpa tapi....bodoh!

orang tua kata...
jangan mengharap pada yang tak pasti
jangan berharap pada orang yang tak dikenali

aku sedar aku bodoh.
bodoh kerana tunggu.
bodoh kerana mengharap.

benci...
benci...
BENCI!!!!!!!!

Ahad, 1 November 2009

buat teman tidur yg ditinggal==

jangan jatuh...
tolong kembalikan senyumanmu

jangan jatuh...
bantu aku kembalikan senyumanmu

jangan jatuh...
tolong kembalikan semangatmu
kerna tanpa kamu tahu
ada seseorang berdiri atas semangatmu

jangan jatuh...
ada seseorang perlukan semangat kamu

dan tolong!

jangan jatuh...
kerna semangat itu kamu!!

haha, ini buat roomate..ummi kalthum bt mohamad..get well soon!